Cari dan guna app anda dalam Pustaka App pada iPhone
Pustaka App menunjukkan app anda disusun ke dalam kategori, seperti Sosial, Hiburan dan Produktiviti & Kewangan. App yang anda paling gunakan berada berdekatan bahagian atas skrin dan di bahagian atas kategorinya, supaya anda boleh mencari dan membukanya dengan mudah.

Nota: App dalam Pustaka App disusun dalam kategori secara pintar, berdasarkan cara anda menggunakan app anda. Anda boleh menambahkan app dalam Pustaka App ke Skrin Utama, tetapi anda tidak boleh mengalihkan app ke kategori lain dalam Pustaka App.
Cari dan buka app anda dalam Pustaka App
Pergi ke Skrin Utama, kemudian leret ke kiri melepasi semua halaman Skrin Utama anda untuk pergi ke Pustaka App.
Ketik medan carian di bahagian atas skrin, kemudian masukkan nama app yang anda cari. Atau skrol ke atas dan bawah untuk melayari senarai mengikut abjad.
Untuk membuka app, ketik app.
Jika kategori mempunyai beberapa ikon app kecil, anda boleh mengetiknya untuk mengembangkan kategori dan melihat semua app di dalamnya.
Sembunyikan dan tunjukkan halaman Skrin Utama
Disebabkan anda boleh mencari semua app anda dalam Pustaka App, anda mungkin tidak memerlukan banyak halaman Skrin Utama untuk app. Anda boleh menyembunyikan sesetengah halaman Skrin Utama, yang membawa Pustaka App lebih dekat kepada halaman pertama Skrin Utama anda. (Apabila anda mahu melihat halaman tersembunyi lagi, anda boleh menunjukkannya.)
Pergi ke Skrin Utama, kemudian sentuh dan tahan latar belakang Skrin Utama sehingga ikon app mula bergoyang.
Ketik titik di bahagian bawah skrin.
Imej kecil halaman Skrin Utama anda kelihatan dengan tanda semak di bawahnya.
Untuk menyembunyikan halaman, ketik untuk mengeluarkan tanda semak.
Untuk menunjukkan halaman tersembunyi, ketik untuk menambah tanda semak.
Ketik Selesai (pada iPhone dengan Face ID) atau tekan butang Utama (pada model iPhone lain).
Dengan halaman Skrin Utama tambahan disembunyikan, anda boleh pergi daripada halaman pertama Skrin Utama ke Pustaka App (dan kembali) dengan hanya satu atau dua leret.
Nota: Apabila halaman Skrin Utama tersembunyi, app baharu yang anda muat turun daripada App Store mungkin ditambah ke Pustaka App dan bukannya Skrin Utama.
Susun semula halaman Skrin Utama
Jika anda mempunyai berbilang halaman Skrin Utama, anda boleh menukar tertibnya. Sebagai contoh, anda boleh mengumpulkan app kegemaran anda pada satu halaman Skrin Utama dan kemudian menjadikannya halaman Skrin Utama pertama anda.
Pergi ke Skrin Utama, kemudian sentuh dan tahan latar belakang Skrin Utama sehingga ikon app mula bergoyang.
Ketik titik di bahagian bawah skrin.
Imej kecil halaman Skrin Utama anda kelihatan dengan tanda semak di bawahnya.
Untuk mengalihkan setiap halaman Skrin Utama, sentuh dan tahan halaman, kemudian seretnya ke lokasi baharu.
Ketik Selesai dua kali (pada iPhone dengan Face ID) atau tekan butang Utama dua kali (pada model iPhone lain).
Tukar tempat app baharu dimuat turun
Apabila anda memuat turun app baharu daripada App Store, anda boleh menambah app ke Skrin Utama dan Pustaka App, atau Pustaka App sahaja.
Pergi ke Seting
> Skrin Utama & Pustaka App.
Pilih Tambah ke Skrin Utama atau Pustaka App sahaja.
Nota: Untuk membenarkan lencana pemberitahuan kelihatan pada app dalam Pustaka App, aktifkan Tunjukkan dalam Pustaka App.
Alihkan app daripada Pustaka App ke Skrin Utama
Jika anda mengalihkan app daripada Skrin Utama ke Pustaka App, anda boleh mengalihkannya kembali ke Skrin Utama dengan mudah.
Tekan dan tahan app sehingga ikon app mula bergoyang dan app beralih ke Skrin Utama, kemudian angkat jari anda.