Cari tapak web dalam Safari pada iPhone
Masukkan URL atau istilah carian untuk mencari tapak web atau maklumat khusus.

Cari di web
Pergi ke app Safari
pada iPhone anda.
Masukkan istilah carian, frasa, atau URL dalam medan carian.
Ketik cadangan carian, atau ketik Pergi pada papan kekunci.
Jika anda tidak mahu melihat istilah carian dicadangkan, pergi ke > Seting > App > Safari, kemudian nyahaktifkan Cadangan Enjin Carian.
Lihat tapak web kegemaran anda semasa anda mencari
Pergi ke Seting
> App > Safari.
Ketik Kegemaran, kemudian pilih folder dengan kegemaran yang anda mahu lihat.
Cari halaman web
Anda boleh mencari perkataan atau frasa tertentu pada halaman web.
Pergi ke app Safari
pada iPhone anda.
Ketik
, kemudian ketik
.
Masukkan perkataan atau frasa dalam medan carian.
Ketik
untuk melompat ke sebutan lain.
Pilih enjin carian
Pergi ke Seting
> App > Safari.
Ketik Enjin Carian, kemudian pilih enjin carian.
Cari objek dalam foto anda
Dengan Rujukan Visual, anda boleh mengenal pasti dan mengetahui tentang tanda tempat popular, tumbuh-tumbuhan, haiwan peliharaan dan banyak lagi yang kelihatan dalam foto anda. Lihat Gunakan Rujukan Visual untuk mengenal pasti objek dalam foto dan video anda.

Petua: Anda boleh menggunakan ciri yang sama untuk mengimbas teks dan mencari dalam talian. Lihat Gunakan Teks Langsung dengan kamera iPhone anda.