Jika anda perlu mengubah atau mengemaskinikan kaedah pembayaran Akaun Apple anda

Maklumat pembayaran yang anda gunakan untuk pembelian media dan langganan Apple mungkin dikemaskinikan secara automatik oleh institusi kewangan anda. Ketahui cara mengedit kaedah pembayaran anda secara manual.

Kemas kinikan kaedah pembayaran anda pada iPhone, iPad atau Apple Vision Pro anda

  1. Buka aplikasi Seting.

  2. Ketik nama anda.

  3. Ketik Pembayaran & Pengiriman. Anda mungkin akan diminta untuk mendaftar masuk ke Akaun Apple anda.

  4. Jika anda perlu mengemaskinikan maklumat pengebilan kad sedia ada, ketik kaedah pembayaran, kemudian ketik Edit.

  5. Masukkan maklumat pengebilan baharu anda, kemudian ketik Selesai.

Jika terdapat masalah, ubah kaedah pembayaran anda

  1. Buka aplikasi Seting.

  2. Ketik nama anda.

  3. Ketik Pembayaran & Pengiriman. Anda mungkin akan diminta untuk mendaftar masuk ke Akaun Apple anda.

  4. Ketik Tambahkan Kaedah Pembayaran, masukkan kaedah pembayaran baharu, kemudian ketik Selesai.

  5. Ketik Edit.

  6. Ketik butang padam berwarna merah di sebelah kaedah pembayaran lama, kemudian ketik Alih Keluar.

    Skrin iPhone menunjukkan Pembayaran & Penghantaran, senarai Kaedah Pembayaran.
  7. Jika anda mahu, anda boleh menambahkan semula kaedah pembayaran lama dengan maklumat pengebilan yang dikemaskinikan.

Kemas kinikan kaedah pembayaran anda pada Mac anda

  1. Buka App Store.

  2. Klik nama anda. Jika nama anda tidak dipaparkan, klik butang Daftar Masuk, daftar masuk ke Akaun Apple anda kemudian klik nama anda.

  3. Klik Seting Akaun. Anda mungkin akan diminta untuk mendaftar masuk ke Akaun Apple anda.

  4. Di sebelah Maklumat Pembayaran, klik Urus Pembayaran.

  5. Jika anda perlu mengemaskinikan maklumat pengebilan kad sedia ada, ketik Edit di sebelah kaedah pembayaran.

  6. Masukkan maklumat pengebilan baharu anda, kemudian klik Selesai.

Jika terdapat masalah, ubah kaedah pembayaran anda

  1. Buka App Store.

  2. Klik nama anda. Jika nama anda tidak dipaparkan, klik butang Daftar Masuk, daftar masuk ke Akaun Apple anda kemudian klik nama anda.

  3. Klik Seting Akaun. Anda mungkin akan diminta untuk mendaftar masuk ke Akaun Apple anda.

  4. Di sebelah Maklumat Pembayaran, klik Urus Pembayaran.

    Skrin macOS menunjukkan Skrin Urus Pembayaran.
  5. Klik Tambahkan Pembayaran, kemudian masukkan kaedah pembayaran baharu. Klik Selesai.

  6. Klik Edit, kemudian klik Alih Keluar Kaedah Pembayaran.

  7. Jika anda mahu, anda boleh menambahkan semula kaedah pembayaran lama dengan maklumat pengebilan yang dikemaskinikan.

Kemas kinikan kaedah pembayaran pada PC Windows anda

  1. Pada PC Windows anda, buka aplikasi Apple Music atau aplikasi Apple TV. Ketahui cara mendapatkan apl Apple untuk Windows.

  2. Klik nama anda di bahagian bawah bar sisi, kemudian klik Lihat Akaun Saya. Anda mungkin perlu mendaftar masuk ke Akaun Apple anda dahulu. (Jika anda mempunyai iTunes untuk Windows, gunakan bar menu untuk memilih Akaun, kemudian pilih Lihat Akaun Saya.)

    Skrin Windows menunjukkan pilihan Lihat Profil dan Lihat Akaun Saya.
  3. Di sebelah Maklumat Pembayaran, klik Urus Pembayaran.

  4. Jika anda perlu mengemaskinikan maklumat pengebilan kad sedia ada, ketik Edit di sebelah kaedah pembayaran.

  5. Masukkan maklumat pengebilan baharu anda, kemudian klik Selesai.

Jika terdapat masalah, ubah kaedah pembayaran anda

  1. Pada PC Windows anda, buka aplikasi Apple Music atau aplikasi Apple TV. Ketahui cara mendapatkan apl Apple untuk Windows.

  2. Klik nama anda di bahagian bawah bar sisi, kemudian klik Lihat Akaun Saya. Anda mungkin perlu mendaftar masuk ke Akaun Apple anda dahulu. (Jika anda mempunyai iTunes untuk Windows, gunakan bar menu untuk memilih Akaun, kemudian pilih Lihat Akaun Saya.)

  3. Di sebelah Maklumat Pembayaran, klik Urus Pembayaran.

  4. Klik Tambahkan Pembayaran, kemudian masukkan kaedah pembayaran baharu. Klik Selesai.

  5. Klik Edit di sebelah kaedah pembayaran lama, kemudian klik Alih Keluar Kaedah Pembayaran.

    Skrin Windows menunjukkan seting Edit Maklumat Pembayaran, pernyataan bahawa Apple menggunakan penyulitan standard industri untuk melindungi kerahsiaan maklumat peribadi anda.
  6. Jika anda mahu, anda boleh menambahkan semula kaedah pembayaran lama dengan maklumat pengebilan yang dikemaskinikan.

Lebih banyak cara mengurus kaedah pembayaran anda

Perlukan bantuan lanjut?

Beritahu kami lebih lanjut tentang perkara yang berlaku dan kami akan mencadangkan tindakan yang boleh anda lakukan seterusnya.

Dapatkan cadangan

Tarikh Diterbitkan: