Gunakan Apple Watch untuk bernafas dengan teratur
App Bernafas pada Apple Watch anda menggalakkan anda untuk memperuntukkan beberapa minit setiap hari untuk bertenang dan fokus pada pernafasan anda.
Mulakan sesi pernafasan
Buka app Bernafas pada Apple Watch anda.
Ketik Mula, tarik nafas perlahan sambil animasi membesar, kemudian hembus nafas apabila ia mengecut.
Setkan tempoh sesi pernafasan
Buka app Bernafas pada Apple Watch anda.
Putarkan Digital Crown untuk menambah tempoh.
Anda boleh memilih masa antara satu dan lima minit.
Untuk mengesetkan ini sebagai tempoh lalai anda, buka app Seting pada Apple Watch anda, ketik Bernafas, kemudian aktifkan Gunakan Tempoh Sebelumnya.
Laraskan seting bernafas
Anda boleh menukar kekerapan anda mendapat peringatan bernafas, menyenyapkan peringatan bernafas untuk hari ini, menukar kadar pernafasan anda dan memilih seting haptik.
Buka app Seting pada Apple Watch anda, ketik Bernafas, kemudian lakukan yang berikut:
Setkan peringatan bernafas: Ketik Peringatan Bernafas.
Senyapkan peringatan bernafas: Aktifkan “Senyapkan untuk hari ini.”
Tukar kadar pernafasan anda: Ketik Kadar Bernafas untuk menukar bilangan pernafasan seminit.
Pilih seting haptik: Ketik Haptik, kemudian pilih Tiada, Minimum, atau Menonjol.
Anda juga boleh membuka app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Jam Saya, ketik Bernafas, kemudian laraskan seting.
Lihat kadar jantung anda semasa sesi pernafasan
Buka app Kesihatan pada iPhone anda.
Ketik Layari, ketik Jantung, kemudian ketik Kadar Jantung.
Ketik Tunjukkan Lebih Data Kadar Jantung, leret ke atas, kemudian ketik Bernafas.
Gunakan muka jam Bernafas
Tambah muka jam Bernafas untuk mendapatkan akses cepat ke sesi pernafasan.
Dengan muka jam semasa ditunjukkan, sentuh dan tahan paparan.
Leret kiri hingga ke hujung, kemudian ketik butang Baru (+).
Putarkan Digital Crown untuk memilih Bernafas, kemudian ketik untuk menambahnya.
Ketik muka jam untuk memulakan sesi pernafasan.