Aktifkan atau nyahaktifkan Kawalan Suara pada Mac
Dengan Kawalan Suara pada Mac, anda boleh menggunakan suara anda untuk menavigasi desktop dan app, berinteraksi dengan perkara pada skrin, merencanakan dan mengedit teks dan banyak lagi.
Aktifkan atau nyahaktifkan Kawalan Suara
Apabila anda mengaktifkan Kawalan Suara untuk kali pertama, Mac anda mestilah bersambung ke internet supaya ia boleh menyelesaikan muat turun fail satu kali daripada Apple. Selepas muat turun ini selesai, anda tidak memerlukan sambungan internet untuk menggunakan Kawalan Suara.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Kebolehcapaian dalam bar sisi, kemudian klik Kawalan Suara di sebelah kanan. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Aktifkan atau nyahaktifkan Kawalan Suara.
Ikon Kawalan Suara kelihatan dalam bar menu. Apabila muat turun fail satu kali selesai dan Kawalan Suara sedia untuk digunakan, ikon bertukar menjadi untuk menunjukkan bahawa Kawalan Suara sedang mendengar perintah.
Anda juga boleh menggunakan Siri.
Siri: Sebut: “Aktifkan Kawalan Suara” atau “Nyahaktifkan Kawalan Suara”. Ketahui cara menggunakan Siri.
Anda boleh menyediakan Kawalan Suara untuk mengaktifkan secara automatik dalam tetingkap log masuk.