![](https://help.apple.com/assets/65A8106E7C69B635140E606E/65A81072C0272B1FFA02DE51/ms_MY/a33905283c1d56f94106106b7ac6d40d.png)
Bertukar daripada Windows ke Mac?
Mac anda boleh melakukan semua perkara yang sistem Windows anda lakukan—dan lebih lagi.
![Skrin Mac menunjukkan bar menu di bahagian atas, desktop di bahagian tengah dan Dock di sepanjang bahagian bawah.](https://help.apple.com/assets/65A8106E7C69B635140E606E/65A81072C0272B1FFA02DE51/ms_MY/4feb90240c01a458b51db35fc3a3d99b.png)
Ketahui tentang desktop Mac
Desktop Mac memaparkan bar menu di sepanjang bahagian atas skrin dan Dock di sepanjang bahagian bawah. Gunakan menu Apple
![Tetingkap menunjukkan app Pembantu Penghijrahan.](https://help.apple.com/assets/65A8106E7C69B635140E606E/65A81072C0272B1FFA02DE51/ms_MY/659d50426a71bbd305d7dc16074e73be.png)
Pindahkan maklumat daripada PC anda ke Mac anda
Gunakan Pembantu Penghijrahan untuk memindahkan kenalan, kalendar, akaun e-mel, dokumen dan banyak lagi daripada Windows PC anda ke tempat yang sepadan pada Mac anda.
![Tetingkap Finder menunjukkan menu pintasan untuk fail dipilih.](https://help.apple.com/assets/65A8106E7C69B635140E606E/65A81072C0272B1FFA02DE51/ms_MY/8f46bd105a1c76dce26bc00846c50bbb.png)
Klik kanan pada Mac
Pada Mac anda, klik kanan dipanggil Control-klik. Anda Control-klik item menggunakan papan kekunci dan tetikus atau trackpad anda untuk membuka menu pintasan, yang memberikan anda akses ke kawalan tambahan. Untuk menyediakan Control-klik, gunakan Seting Sistem.
![Imej ruang letak generik](https://help.apple.com/assets/65A8106E7C69B635140E606E/65A81072C0272B1FFA02DE51/ms_MY/6fc2cbaa0b78be0420109c66fb17e0ad.png)
Gunakan Seting Sistem untuk memperibadikan Mac anda
Anda boleh menukar rupa desktop Mac anda dengan memilih penampilan cerah atau gelap, gambar desktop dan banyak lagi. Pilih menu Apple
![Diagram kekunci fungsi Mac menunjukkan nombor kekunci dan ikon fungsi istimewa.](https://help.apple.com/assets/65A8106E7C69B635140E606E/65A81072C0272B1FFA02DE51/ms_MY/eaa6fbf358b5359b559d39b1afbefb56.png)
Gunakan kekunci fungsi pada papan kekunci Mac
Kekunci fungsi pada baris atas papan kekunci Mac mempunyai dwifungsi—gunakannya untuk melaraskan item seperti kecerahan skrin dan kelantangan audio dengan cepat, atau tekan kekunci Fn atau kekunci terlebih dahulu untuk menggunakannya sebagai kekunci fungsi standard.
![Panel Tangkapan Skrin, menunjukkan ikon yang anda gunakan untuk memilih kawasan pada skrin untuk menangkap, butang Pilihan dan butang Tangkap.](https://help.apple.com/assets/65A8106E7C69B635140E606E/65A81072C0272B1FFA02DE51/ms_MY/eb7bf0673d8b7dee26e5517efaa66249.png)
Ambil tangkapan skrin atau rakaman skrin
Anda boleh menangkap tangkapan skrin dan rakaman skrin penuh, tetingkap atau kawasan dipilih dengan app Tangkapan Skrin. Tekan Command-Shift-5 untuk membuka app; klik Pilihan untuk memilih tempat untuk menyimpan imej dan mengesetkan pemasa.
Mahu ketahui lebih lanjut? Untuk mempersiapkan Mac anda, lihat Mulakan dengan Mac anda.