Dari kiri ke kanan, MacBook Pro, iMac dan MacBook Air dengan desktop berwarna-warni. Mac Studio di sebelah kanan hujung.

Mulakan dengan Mac anda

Anda boleh menyediakan dan mula menggunakan Mac baharu anda serta-merta. Pilih hias latar untuk desktop anda, tukar seting biasa, mula menggunakan app dan banyak lagi.

Ketahui cara memanfaatkan Mac baharu anda sepenuhnya

Desktop Mac dengan seting Akaun Apple ditunjukkan dan dokumen Numbers dibuka di belakangnya.

Bertukar daripada Windows ke Mac?

Jika anda bertukar ke Mac, mulakan di sini untuk membuat peralihan lancar. Ketahui cara menggunakan Mac, cara memindahkan fail anda daripada PC anda dan banyak lagi.

Ketahui cara membuat peralihan ke Mac baharu anda

Kandungan iCloud yang sama tersedia merentas berbilang peranti.

Gunakan Mac anda dengan peranti Apple lain

Mac anda berfungsi dengan semua peranti Apple lain anda dengan lancar. Lihat dan kawal iPhone anda terus daripada desktop Mac, salin dan tampal antara peranti dan banyak lagi.

Ketahui cara Mac anda berfungsi dengan peranti lain

Desktop Mac yang menunjukkan app Jurnal dibuka di belakang tetingkap carian Spotlight dengan hasil di bawah medan carian. Di penjuru kanan atas, terdapat panggilan telefon yang sedang ditahan.

Baharu dalam macOS Tahoe

macOS Tahoe mempunyai reka bentuk baharu yang segar dan membantu anda bekerja serta berkomunikasi dengan lebih lancar. Buat panggilan telefon daripada Mac anda, gunakan Spotlight untuk mencari dan mengambil tindakan tanpa membuka app, dapatkan terjemahan automatik dalam panggilan dan mesej serta banyak lagi.

Ketahui tentang ciri baharu dalam macOS Tahoe

Empat ikon mewakili Privasi & Keselamatan, app Kata Laluan, Kunci Laluan dan Privasi di Apple.

Kawal privasi dan keselamatan anda

Privasi dan keselamatan anda diutamakan. Mac anda termasuk alat terbina dalam untuk melindungi maklumat penting anda—daripada pengurusan kata laluan hingga pelayaran peribadi dan banyak lagi.

Ketahui cara memastikan Mac anda peribadi dan selamat

Ikon Sampah.

Terpadam kata laluan?

Ketahui cara untuk memulihkan kata laluan atau kunci laluan yang dipadamkan.

Pulihkan kata laluan yang terbaru dipadamkan

Ikon buku.

Kenali Mac anda

Anda mempunyai Mac baharu? Ketahui perkara asas untuk model anda.

Cari panduan Bermula untuk Mac anda

Ikon yang mewakili Apple Intelligence.

Apple Intelligence

Peribadi, sulit—dan diintegrasikan ke macOS.

Ketahui lebih lanjut tentang Apple Intelligence

Untuk meneroka Panduan Pengguna Mac, klik Senarai Kandungan di bahagian atas halaman, atau masukkan perkataan atau frasa dalam medan carian.

Jika anda memerlukan lebih banyak bantuan, lawati tapak web Sokongan macOS.

Bukan semua ciri dan kandungan tersedia di semua negara atau rantau. Apple Intelligence tersedia dalam beta dengan sokongan untuk bahasa berikut: Bahasa Cina (Ringkas), Inggeris, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Korea, Portugis (Brazil) dan Sepanyol. Sesetengah ciri mungkin tidak tersedia dalam semua bahasa atau rantau. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ketersediaan bahasa dan ciri atau keperluan sistem, lihat artikel Sokongan Apple Cara mendapatkan Apple Intelligence.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.