Aktifkan ciri kebolehcapaian iPhone, iPad atau iPod touch menggunakan Mac anda
iPhone, iPad, atau iPod touch anda menyertakan banyak ciri kebolehcapaian yang memudahkan anda untuk menggunakan peranti anda jika anda mengalami ketidakupayaan visual, pendengaran, atau kecacatan fizikal yang lain.
Ciri kebolehcapaian berikut tersedia pada iPhone (3GS atau lebih baharu), iPad, atau iPod touch (generasi ke-3 atau lebih baharu):
VoiceOver
Zum
Ciri paparan
Ciri Kandungan Dituturkan
Ciri audio
Ciri kebolehcapaian ini berfungsi dengan semua app yang diprapasang pada peranti dan juga banyak app yang dimuat turun daripada App Store.
Aktifkan ciri kebolehcapaian
Sambungkan peranti anda kepada Mac anda.
Anda boleh menyambungkan peranti anda menggunakan kabel USB atau USB-C atau menggunakan sambungan Wi-Fi. Lihat Selaraskan kandungan antara Mac anda dan iPhone, iPad atau iPod touch melalui Wi-Fi.
Dalam Finder pada Mac anda, pilih peranti dalam bar sisi Finder.
Jika anda menyambungkan peranti anda ke Mac anda menggunakan kabel USB dan tidak melihat peranti dalam bar sisi Finder, lihat Jika peranti anda tidak muncul dalam bar sisi.
Klik Umum dalam bar butang.
Klik Konfigurasikan Kebolehcapaian.
Pilih ciri kebolehcapaian yang anda mahu gunakan, kemudian klik OK.
Anda juga boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan ciri kebolehcapaian menggunakan seting Kebolehcapaian pada peranti anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat dokumentasi yang disertakan dengan peranti anda.