Lihat kata laluan tapak web anda dan info berkaitan pada Mac
Anda boleh melihat dan mengurus kata laluan untuk akaun tapak web anda.
Lihat kata laluan anda untuk akaun tapak web
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Kata Laluan dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik butang Info untuk tapak web.
Tempatkan penuding ke atas siri titik di sebelah Kata Laluan di sebelah kanan.
Tambah nota ke akaun tapak web
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Kata Laluan dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik butang Info untuk tapak web.
Klik Tambah Nota.
Masukkan butiran tentang akaun, seperti jawapan anda kepada soalan keselamatan, dalam medan Nota.
Klik Simpan.
Tukar kata laluan atau kunci laluan
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Kata Laluan dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik butang Info untuk tapak web.
Klik Tukar Kata Laluan pada Tapak Web.
Sembunyikan pengesyoran keselamatan kata laluan
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Kata Laluan dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik butang Info untuk tapak web.
Klik butang Tutup di penjuru kanan atas tetingkap, kemudian klik Sembunyikan.
Pengesyoran kelihatan di bawah Syor Keselamatan Tersembunyi dalam senarai tapak web.