![](https://help.apple.com/assets/65A8106E7C69B635140E606E/65A81072C0272B1FFA02DE51/ms_MY/8cfb53953fdf6e7e49ac94510557df95.png)
Tukar pilihan untuk sambungan VPN L2TP melalui IPSec pada Mac
Setkan pilihan VPN, seperti mengawal apabila diputuskan sambungan VPN dan mengaktifkan berjela pengelogan untuk mendapatkan lebih maklumat log dalam sesi VPN.
Pilihan VPN tersedia hanya untuk sambungan VPN jenis L2TP melalui IPSec. (Untuk jenis lain sambungan VPN, pilihan ditentukan oleh pelayan VPN apabila sambungan VPN dirundingkan.)
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Seting Sistem, kemudian klik VPNdalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik butang Info
bersebelahan perkhidmatan VPN di sebelah kanan.
Klik Pilihan, kemudian aktifkan pilihan yang anda mahu gunakan.
Putuskan sambungan apabila menukar akaun pengguna: Akhiri sesi VPN apabila anda menukar pengguna.
Putuskan sambungan apabila pengguna log keluar: Akhiri sesi VPN apabila pengguna log keluar.
Hantarkan semua trafik melalui sambungan VPN: Hantar semua trafik rangkaian merentas sambungan VPN, tidak kira servis rangkaian anda gunakan, seperti Wi-Fi atau Ethernet.
Gunakan pengelogan berjela: Menangkap maklumat log dengan lebih terperinci dalam sesi VPN anda. Ini sangat berguna jika anda sedang menyelesaikan masalah dengan sambungan VPN anda.
Klik OK.