
Tambah atau keluarkan nombor telefon dipercayai pada Mac
Nombor telefon dipercayai ialah nombor telefon yang digunakan untuk mengesahkan identiti anda apabila anda mendaftar masuk pada peranti atau pelayar berbeza.
Anda mesti mengesahkan sekurang-kurangnya satu nombor telefon dipercayai apabila anda mendaftar dalam pengesahan dua faktor. Anda juga harus mempertimbangkan untuk mengesahkan nombor telefon lain yang boleh anda akses seperti telefon rumah, atau nombor yang digunakan oleh ahli keluarga atau rakan karib.
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Seting Sistem, kemudian klik nama anda di bahagian atas bar sisi.Jika anda tidak melihat nama anda, klik “Daftar masuk”, masukkan alamat e-mel atau nombor telefon Akaun Apple anda, kemudian masukkan kata laluan anda.
Klik Daftar Masuk & Keselamatan, kemudian klik Pengesahan Dua Faktor.
Pergi ke Nombor Telefon Dipercayai, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Tambah nombor telefon: Klik
di bawah Nombor Telefon Dipercayai. Jika digesa, masukkan kata laluan Akaun Apple anda atau kata laluan log masuk Mac dan masukkan kod pengesahan yang dihantar ke nombor telefon dipercayai semasa. Pilih kod negara, masukkan nombor telefon yang boleh digunakan untuk mengesahkan identiti anda, pilih sama ada anda mahu dihubungi oleh mesej atau panggilan telefon, kemudian klik Seterusnya. Masukkan kod yang dihantar ke nombor telefon dan klik Seterusnya. Nombor telefon dipercayai anda muncul dalam senarai.
Keluarkan nombor telefon: Pilih nombor telefon, klik butang
, kemudian klik Keluarkan.
Nota: Anda mesti mempunyai sekurang-kurangnya satu nombor telefon dipercayai apabila anda menggunakan pengesahan dua faktor. Jika anda mempunyai hanya satu nombor telefon yang dipercayai, ia tidak boleh dikeluarkan.
Anda juga boleh mengurus peranti dan nombor telefon dipercayai anda dengan mendaftar masuk ke halaman Akaun Apple anda.