Taip dan edit teks pada iPhone
Anda boleh menggunakan papan kekunci atas skrin untuk menambah dan mengedit teks dalam app iPhone.
Masukkan teks menggunakan papan kekunci atas skrin
Dalam sebarang app yang membenarkan pengeditan teks, buka papan kekunci atas skrin dengan mengetik medan teks. Ketik kekunci individu untuk menaip, atau menggunakan QuickPath (tidak tersedia untuk semua bahasa) untuk menaip perkataan dengan meluncur dari satu huruf ke huruf seterusnya tanpa mengangkat jari anda. Untuk menamatkan perkataan, angkat jari anda. Anda boleh menggunakan mana-mana kaedah semasa anda menaip, malah boleh menukar kaedah semasa menaip ayat. (Jika anda mengetik selepas meluncur untuk menaip perkataan, ia memadamkan seluruh perkataan.)
Nota: Semasa anda meluncur untuk menaip, anda melihat cadangan alternatif untuk perkataan yang anda masukkan, berbanding ramalan untuk perkataan anda seterusnya.
Semasa memasukkan teks, anda boleh melakukan mana-mana yang berikut:
Taipkan huruf besar: Ketik Shift, atau sentuh kekunci Shift dan leret ke huruf.
Aktifkan Caps Lock: Dwiketik Shift.
Tamatkan ayat cepat dengan noktah dan ruang: Dwiketik bar Space.
Masukkan nombor, tanda baca, atau simbol: Ketik kekunci Nombor atau kekunci Simbol .
Buat asal editan terakhir: Leret ke kiri dengan tiga jari.
Buat semula editan terakhir: Leret ke kanan dengan tiga jari.
Masukkan emoji: Ketik atau untuk bertukar ke papan kekunci Emoji.
Masukkan huruf beraksen atau aksara alternatif lain: Sentuh dan tahan kekunci, kemudian luncur untuk memilih salah satu pilihan.
Anda juga boleh merencana teks atau menggunakan Magic Keyboard (tersedia berasingan) untuk memasukkan teks.
Pilih dan semak semula teks
Untuk memasukkan, menyemak semula, atau menggantikan teks, lakukan mana-mana daripada berikut:
Navigasi dokumen panjang: Sentuh dan tahan pinggir kanan dokumen, kemudian seret penskrol untuk mencari teks yang anda mahu semak semula.
Masukkan teks: Ketik untuk menempatkan titik sisipan di tempat anda mahu masukkan teks. Anda juga boleh mengalihkan titik sisipan dengan tepat dengan menyeretnya. Kemudian mula menaip.
Pilih perkataan: Dwiketik perkataan dengan satu jari.
Pilih ayat: Ketik ayat tiga kali dengan satu jari.
Pilih perenggan. Ketik empat kali dengan satu jari.
Pilih blok teks: Sentuh dan tahan perkataan pertama dalam blok, kemudian seret ke perkataan terakhir.
Selepas memilih teks yang anda mahu semak semula, anda boleh menaip, atau mengetik teks dipilih untuk melihat pilihan.
Potong: Ketik Potong atau cubit tutup dengan tiga jari dua kali.
Salin: Ketik Salin atau cubit tutup dengan tiga jari.
Tampal: Ketik Tampal atau cubit buka dengan tiga jari.
Gantikan: Lihat teks gantian dicadangkan, atau buatkan Siri mencadangkan teks alternatif.
B/I/U: Formatkan teks dipilih.
: Lihat lebih pilihan.
Dengan Papan Klip Universal, anda boleh memotong atau menyalin sesuatu pada satu peranti Apple dan tampalnya ke peranti lain. Anda juga boleh mengalihkan teks dipilih di dalam app.
Alihkan teks
Dalam app pengeditan teks, pilih teks yang anda mahu alihkan.
Sentuh dan tahan teks dipilih sehingga terangkat, kemudian seretnya ke lokasi berbeza dalam app.
Jika anda menyeret ke bawah atau atas dokumen panjang, ia skrol secara automatik.
Jika ada menukar fikiran tentang mengalihkan teks, angkat jari anda sebelum menyeret, atau seret teks ke luar skrin.
Setkan pilihan penaipan
Anda boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan ciri penaipan, seperti semakan ejaan dan pembetulan auto.
Semasa menaip teks menggunakan papan kekunci atas skrin, sentuh dan tahan atau , kemudian ketik Seting Papan Kekunci. Anda juga boleh pergi ke Seting > Umum > Papan Kekunci.
Dalam senarai, aktifkan atau nyahaktifkan ciri penaipan istimewa.
Betulkan ejaan
Jika anda melihat perkataan yang disalah eja bergaris bawah berwarna merah, anda boleh membetulkannya.
Ketik perkataan bergaris bawah untuk melihat cadangan pembetulan.
Ketik cadangan untuk menggantikan perkataan bergaris bawah.
Jika perkataan yang anda inginkan tidak muncul, taipkan pembetulan.
Taip dengan satu tangan
Untuk memudahkan anda menaip dengan satu tangan, anda boleh mengalihkan kekunci lebih dekat ke ibu jari anda—pada semua model iPhone kecuali iPhone SE (generasi pertama).
Sentuh dan tahan atau .
Ketik satu daripada tateletak papan kekunci. (Sebagai contoh, pilih untuk mengalihkan papan kekunci ke sebelah kanan skrin.)
Untuk mengetengahkan papan kekunci semula, ketik pinggir kanan atau kiri papan kekunci.
Tukar papan kekunci anda menjadi trackpad
Sentuh dan tahan bar Space dengan satu jari sehingga papan kekunci bertukar kelabu terang.
Gerakkan titik pemasukan dengan menyeret sekitar papan kekunci.