Keluarkan muzik daripada Apple Watch
Jika anda kehabisan ruang untuk menyimpan muzik pada Apple Watch, anda boleh mengeluarkan muzik yang ditambahkan secara automatik ke jam anda atau muzik yang anda tidak lagi mendengar.
Nota: Untuk melihat jumlah muzik yang disimpan pada Apple Watch anda, buka app Seting pada Apple Watch anda, kemudian pergi ke Umum > Penggunaan. Anda juga boleh membuka app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Jam Saya, kemudian pergi ke Umum > Penggunaan.
Keluarkan muzik menggunakan iPhone anda
Buka app Apple Watch pada iPhone anda.
Ketik Jam Saya, ketik Muzik, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:
Untuk muzik yang telah anda tambah: Ketik Edit, kemudian ketik bersebelahan item yang anda mahu keluarkan.
Untuk muzik yang telah ditambahkan secara automatik: Nyahaktifkan Muzik Terbaru atau muzik lain yang ditambah secara automatik ke Apple Watch anda.
Nota: Muzik yang anda baru mainkan tidak ditambahkan secara automatik ke Apple Watch sehingga anda mengaktifkan Muzik Terbaru sekali lagi.
Muzik yang anda keluarkan daripada Apple Watch anda kekal pada iPhone anda.
Keluarkan muzik menggunakan Apple Watch anda
Jika anda pelanggan Apple Music, anda boleh keluarkan muzik terus pada Apple Watch, sama ada muzik ditambahkan secara automatik atau anda memilih untuk menambahkannya.
Buka app Muzik pada Apple Watch anda.
Ketik Pustaka, skrol ke bawah, ketik Dimuat Turun, kemudian ketik Senarai Main atau Album.
Leret ke kiri pada senarai main atau album, ketik , kemudian ketik Keluarkan.
Ketik Keluarkan Muat Turun atau Padam daripada Pustaka.
Jika anda mengetik Keluarkan Muat Turun, item dikeluarkan daripada Apple Watch anda tetapi kekal dalam pustaka muzik anda, yang membolehkan anda mencarinya dengan mudah kemudian. Jika anda mengetik Padam daripada Pustaka, ia dikeluarkan daripada Apple Watch anda dan daripada semua peranti lain yang menggunakan Apple ID yang sama.
Nota: Anda juga boleh mengeluarkan lagu individu. Jika anda meleret ke kiri pada lagu, ketik Keluarkan, kemudian ketik Padam, lagu dikeluarkan daripada Apple Watch anda dan daripada semua peranti lain yang menggunakan Apple ID yang sama.