
Tukar keutamaan Item Log Masuk Pengguna & Kumpulan pada Mac
Jika anda ialah pentadbir Mac, anda boleh menggunakan Item Log Masuk daripada Keutamaan Sistem Pengguna & Kumpulan untuk memilih app, dokumen dan sambungan pelayan yang dibuka secara automatik apabila anda melog masuk ke Mac anda.
Untuk menukar keutamaan ini, pilih menu Apple , pilih nama pengguna anda dalam senarai di sebelah kiri, kemudian klik Item Log Masuk di sebelah kanan.
Buka keutamaan Pengguna & Kumpulan untuk saya
Nota: Jika kunci di bahagian kiri bawah anak tetingkap dikunci , kliknya untuk membuka kunci anak tetingkap keutamaan.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Senarai item | Aktifkan dan nyahaktifkan item log masuk yang dibuka secara automatik apabila anda log masuk. Jika anda melihat segi tiga berwarna kuning | ||||||||||
Lajur item | Lihat nama app, dokumen, folder atau sambungan yang dibuka secara automatik. | ||||||||||
Lajur jenis | Lihat jenis item (app, dokumen, folder, volum). | ||||||||||
Sembunyikan lajur | Sembunyikan tetingkap item selepas log masuk. Pilihan ini tidak mempunyai kesan pada sambungan pelayan; sambungan pelayan sentiasa muncul dalam Finder selepas log masuk. | ||||||||||
Tambah item log masuk | Tambah dan keluarkan item log masuk.
|