Keutamaan Item Log Masuk
Jika anda ialah pentadbir Mac, anda boleh menggunakan Item Log Masuk daripada Keutamaan Sistem Pengguna & Kumpulan untuk memilih app, dokumen dan sambungan pelayan yang dibuka secara automatik apabila anda melog masuk ke Mac anda.
Untuk melihat keutamaan ini, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Pengguna & Kumpulan, pilih nama pengguna anda di sebelah kiri, kemudian klik Item Log Masuk di bahagian atas Tetingkap.
Buka keutamaan Pengguna & Kumpulan untuk saya
Senarai item | Item yang membuka secara automatik semasa log masuk. | ||||||||||
Sembunyikan lajur | Jika anda tidak inginkan tetingkap item kelihatan selepas log masuk, pilih kotak semak Sembunyi. Pilihan ini tidak mempunyai kesan pada sambungan pelayan; sambungan pelayan sentiasa muncul dalam Finder selepas log masuk. | ||||||||||
Lajur item | Ikon dan nama app, dokumen atau sambungan yang dibuka secara automatik. | ||||||||||
Lajur jenis | Jenis item (app, dokumen, atau folder). | ||||||||||
Tambah dan Keluarkan | Untuk membuatkan item dibuka secara automatik pada log masuk, klik butang Tambah di sebelah kanan, kemudian pilih item. Untuk hentikan item daripada dibuka secara automatik, pilih nama item, kemudian klik butang Keluarkan di sebelah kanan. | ||||||||||
Tambah dan Keluarkan | Untuk menambah pengguna atau kumpulan baharu, klik butang Tambah di sebelah kiri, kemudian masukkan maklumat bagi pengguna atau kumpulan baru. Untuk memadam pengguna atau kumpulan, pilihnya dalam senarai, kemudian klik butang Keluarkan di sebelah kiri. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Sediakan pengguna, tetamu dan kumpulan dan Padamkan pengguna atau kumpulan. | ||||||||||
Kunci | Mengunci atau membuka kunci keutamaan Pengguna & Kumpulan. Klik ikon kunci untuk membuka kuncinya, kemudian masukkan nama dan kata laluan pentadbir. |