Tukar keutamaan Item Log Masuk Pengguna & Kumpulan pada Mac
Jika anda ialah pentadbir Mac, anda boleh menggunakan Item Log Masuk daripada Keutamaan Sistem Pengguna & Kumpulan untuk memilih app, dokumen dan sambungan pelayan yang dibuka secara automatik apabila anda melog masuk ke Mac anda.
Untuk menukar keutamaan ini, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Pengguna & Kumpulan , pilih nama pengguna anda dalam senarai di sebelah kiri, kemudian klik Item Log Masuk di sebelah kanan.
Buka keutamaan Pengguna & Kumpulan untuk saya
Nota: Jika kunci di bahagian kiri bawah anak tetingkap dikunci , kliknya untuk membuka kunci anak tetingkap keutamaan.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Senarai item | Aktifkan dan nyahaktifkan item log masuk yang dibuka secara automatik apabila anda log masuk. Jika anda melihat segi tiga berwarna kuning bersebelahan item, item tidak akan terbuka secara automatik kerana ia telah dialihkan atau dipadamkan. | ||||||||||
Lajur item | Lihat nama app, dokumen, folder atau sambungan yang dibuka secara automatik. | ||||||||||
Lajur jenis | Lihat jenis item (app, dokumen, folder, volum). | ||||||||||
Sembunyikan lajur | Sembunyikan tetingkap item selepas log masuk. Pilihan ini tidak mempunyai kesan pada sambungan pelayan; sambungan pelayan sentiasa muncul dalam Finder selepas log masuk. | ||||||||||
Tambah item log masuk dan keluarkan item log masuk | Tambah dan keluarkan item log masuk.
|