Di mana fail yang saya pindahkan daripada PC saya pada Mac saya?
Selepas anda memindahkan maklumat anda daripada PC ke Mac dan log masuk ke akaun pengguna anda pada Mac, anda boleh menemui maklumat anda di lokasi berikut.
Item | Lokasi |
---|---|
Gambar desktop tersuai | Setkan sebagai gambar desktop pada Mac anda. Untuk menukar gambar, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Hias Latar. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.) |
E-mel | Dalam app Mail . |
Kenalan | Dalam app Kenalan . |
Kalendar | Dalam app Kalendar . |
Penanda buku pelayar web,kegemaran dan skrin utama | Setkan dalam app Safari . |
Muzik daripada iTunes | Dalam app Muzik . |
Podcast daripada iTunes | Dalam app Podcast . |
Buku audio daripada iTunes | Dalam app Buku . |
Fail dari folder dokumen, video, muzik dan gambar utama anda | Dalam folder Dokumen, Filem, Muzik dan Gambar dalam folder utama anda dalam Finder. Dalam Finder , pilih Pergi > Utama. |
Fail di luar folder Pengguna | Dalam Finder, dalam folder /Pengguna/Dikongsi. |
Fail daripada desktop | Dipindahkan ke desktop Mac anda. |
Petua: Untuk menukar seting bagi akaun pengguna yang dipindahkan, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Pengguna & Kumpulan dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)