Di manakah maklumat yang dipindahkan daripada PC saya?
Selepas anda memindahkan maklumat anda daripada PC ke Mac dan log masuk ke akaun pengguna anda pada Mac, anda boleh menemui maklumat anda di lokasi berikut.
Item | Lokasi |
---|---|
gambar desktop khusus | Setkan sebagai gambar desktop pada Mac anda. Untuk menukar gambar, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Desktop & Penyelamat Skrin, kemudian klik Desktop. |
E-mel | Dalam app Mail . |
Kenalan | Dalam app Kenalan . |
Kalendar | Dalam app Kalendar . |
Penanda buku pelayar web,kegemaran dan skrin utama | Setkan dalam app Safari . |
Muzik pada PC anda | Dalam app Muzik . |
Fail dari folder dokumen, video, muzik dan gambar utama anda | Dalam folder Dokumen, Filem, Muzik dan Gambar dalam folder utama anda dalam Finder. Dalam Finder , pilih Pergi > Utama. |
Fail daripada desktop | Dipindahkan ke desktop Mac anda. |
Petua: Untuk menular seting bagi akaun pengguna yang dipindahkan, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik keutamaan Pengguna & Kumpulan.