Pindahkan info daripada PC ke Mac
Jika anda tidak memindahkan maklumat anda ke Mac anda apabila anda mula-mula menyediakannya, anda boleh menggunakan Pembantu Penghijrahan untuk memindahkan maklumat anda pada bila-bila masa. Sebagai contoh, pindahkan akaun pengguna anda—termasuk semua gambar, muzik dan fail anda.
Buka Pembantu Penghijrahan untuk saya
Pindah info anda dari PC
Anda boleh pindahkan melalui rangkaian berwayar atau wayarles selagi komputer anda disambungkan ke rangkaian yang sama.
Tutup semua app lain pada PC anda, buka Pembantu Penghijrahan Windows, kemudian ikut arahan pada skrin.
Jika anda tidak mempunyai Pembantu Penghijrahan Windows di PC anda, muat turunnya daripada tapak web Apple.
Pilih apa yang hendak dipindahkan, kemudian klik Teruskan.
Untuk mendapatkan maklumat tentang apa yang anda boleh pindahkan atau tentang memindahkan maklumat dari Mac atau cakera, lihat Pindahkan info ke Mac daripada komputer atau peranti lain.
Nota: Semasa penghijrahan Windows, anda boleh menggunakan sambungan wayarles daripada peranti menggunakan perisian Soft AP (titik akses yang didayakan perisian) untuk mengakses internet. Menggunakan titik akses Soft AP semasa penghijrahan boleh membantu meningkatkan kelajuan penghijrahan melalui rangkaian. Apabila anak tetingkap Sesuaikan muncul semasa penghijrahan, anda boleh memilih dan menyertai titik akses yang dicipta oleh peranti lain.
Cari info yang dipindahkan pada Mac anda
Bila anda log masuk ke akaun pengguna yang dipindahkan, anda boleh menjumpai maklumat anda di lokasi berikut.
Item | Lokasi |
---|---|
gambar desktop khusus | Setkan sebagai gambar desktop pada Mac anda. Untuk ubah gambar, gunakan keutamaan Desktop & Penyelamat Skrin. |
E-mel | Dalam app Mail. |
Kenalan | Dalam app Kenalan. |
Kalendar | Dalam app Kalendar. |
Penanda buku pelayar web,kegemaran dan skrin utama | Setkan dalam Safari. |
Muzik pada PC anda | Dalam Muzik pada Mac anda. |
Fail dari folder dokumen, video, muzik dan gambar utama anda | Dalam folder Dokumen, Filem, Muzik dan Gambar dalam folder utama anda dalam Finder. Dalam Finder pada Mac anda, pilih Pergi > Utama. |
Fail daripada desktop | Dipindahkan ke desktop Mac anda. |
Tukar seting untuk akaun pengguna yang dipindahkan
Untuk menukar seting bagi sebarang akaun pengguna yang dipindahkan, gunakan keutamaan Pengguna & Kumpulan.