Gunakan profil konfigurasi untuk menjadikan seting standard pada komputer Mac
Dengan profil konfigurasi, anda boleh menjadikan seting standard untuk komputer Mac, seperti akaun Mail pengguna, seting Wi-Fi dan seting VPN.
Sebagai contoh, jika anda pentadbir, anda boleh menyediakan profil yang mengkonfigurasi komputer Mac untuk berinteraksi dengan pelayan pada rangkaian sekolah atau tempat kerja. Anda boleh menyediakan pengguna dengan satu atau beberapa profil. Anda juga boleh menyediakan pengguna dengan profil yang apabila dipasang, membenarkan anda untuk memasang profil secara automatik.
Jika anda ialah pentadbir rangkaian dan memerlukan maklumat tentang menyediakan komputer terurus dan memasang profil pendaftaran, lihat Pengerahan Platform Apple.
Untuk mendapatkan maklumat tentang dasar privasi Apple, lihat tapak web Dasar Privasi Apple.
Pasangkan profil konfigurasi yang anda telah terima
Pada Mac anda, untuk membuka profil dalam seting Profil (yang anda boleh semak maklumat tentangnya), lakukan salah satu daripada berikut:
Jika profil dilampirkan melalui e-mel, buka lampiran.
Jika profil disiarkan pada tapak web, muat turun profil daripada tapak web dan buka profil itu.
Pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Privasi dan Keselamatan dalam bar sisi, kemudian klik Profil di sebelah kanan. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Anda mungkin ditanya untuk berikan kata laluan anda atau maklumat lain semasa pemasangan.
Dalam bahagian Dimuat Turun, dwiklik profil.
Semak kandungan profil kemudian klik Teruskan, Pasang atau Daftar untuk memasang profil.
Jika versi profil yang terdahulu telah pun dipasang pada Mac anda, seting dalam versi yang terkini akan menggantikan yang terdahulu.
Lihat profil konfigurasi yang dipasang
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Privasi dan Keselamatan dalam bar sisi, kemudian klik Profil di sebelah kanan. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Dwiklik profil dalam senarai Profil untuk melihat maklumat tentangnya.
Keluarkan profil konfigurasi dari Mac anda
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Privasi dan Keselamatan dalam bar sisi, kemudian klik Profil di sebelah kanan. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Pilih profil dalam senarai Profil, kemudian klik butang Keluarkan .
Apabila anda keluarkan profil, semua seting dan maklumatnya dipadamkan. Sebagai contoh, jika profil menyediakan akaun e-mel anda, mengeluarkan profil itu akan memadamkan maklumat akaun daripada Mac anda.
Jika anda tidak boleh mengeluarkan profil konfigurasi, minta bantuan daripada individu yang menyediakan profil.