![](https://help.apple.com/assets/5AA195BD094622847B7F3DA3/5AA195BE094622847B7F3DAA/ms_MY/fa7913ae50bc87e1579e0748a2c49857.png)
Gunakan profil konfigurasi
Profil konfigurasi membolehkan anda menjadikan seting standard untuk komputer Mac. Sebagai contoh, pentadbir boleh menyediakan profil yang mengkonfigurasi komputer Mac untuk berinteraksi dengan pelayan pada rangkaian sekolah atau tempat kerja.
Profil konfigurasi boleh mengandungi seting untuk akaun Mel pengguna, seting Wi-Fi, seting VPN dan selanjutnya. Profil konfigurasi boleh berfungsi pada komputer Mac, peranti iOS, Apple Watch dan Apple TV.
Pentadbir rangkaian anda mungkin memberikan anda dengan satu atau beberapa profil, atau memberikan anda dengan profil itu yang, sebaik sahaja ia dipasang, membenarkan pentadbir anda memasang profil tambahan secara automatik.
Pasangkan profil konfigurasi yang anda telah terima
Untuk membuka profil dalam keutamaan Profil, di mana anda boleh semak semula maklumat tentangnya, lakukan salah satu daripada berikut:
Jika profil dilampirkan melalui e-mel, buka lampiran.
Jika profil disiarkan pada tapak web, muat turun profil daripada tapak web dan buka profil itu.
Klik Pasang untuk memasang profil pada Mac anda.
Anda mungkin ditanya untuk berikan kata laluan anda atau maklumat lain semasa pemasangan.
Jika versi profil yang terdahulu telah pun dipasang pada Mac anda, seting dalam versi yang terkini akan menggantikan yang terdahulu.
Lihat profil konfigurasi yang dipasang
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Profil.
Jika anda belum memasang sebarang profil konfigurasi, keutamaan Profil tidak tersedia.
Pilih profil dalam senarai Profil untuk lihat maklumat tentangnya.
Keluarkan profil konfigurasi dari Mac anda
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Profil.
Jika anda belum memasang sebarang profil konfigurasi, keutamaan Profil tidak tersedia.
Pilih profil dalam senarai Profil, kemudian klik butang Keluarkan
.
Apabila anda keluarkan profil, semua seting dan maklumatnya dipadamkan. Sebagai contoh, jika profil menyediakan akaun e-mel anda, mengeluarkan profil itu akan memadamkan maklumat akaun daripada Mac anda.
Jika anda tidak boleh mengeluarkan profil konfigurasi, minta bantuan daripada individu yang menyediakan profil.
Jika anda seorang pemaju aplikasi Mac yang mencari maklumat mengenai profil peruntukan, lihat Pustaka Pemaju Mac.