Gunakan profil konfigurasi untuk menjadikan seting standard pada komputer Mac
Profil konfigurasi membolehkan anda menjadikan seting standard untuk komputer Mac. Sebagai contoh, pentadbir boleh menyediakan profil yang mengkonfigurasi komputer Mac untuk berinteraksi dengan pelayan pada rangkaian sekolah atau tempat kerja.
Profil konfigurasi boleh mengandungi seting untuk akaun Mel pengguna, seting Wi-Fi, seting VPN dan selanjutnya. Profil konfigurasi boleh berfungsi pada komputer Mac, peranti iOS dan iPadOS, Apple Watch serta Apple TV.
Pentadbir rangkaian anda mungkin memberikan anda dengan satu atau beberapa profil, atau memberikan anda dengan profil itu yang, sebaik sahaja ia dipasang, membenarkan pentadbir anda memasang profil tambahan secara automatik.
Jika anda mempunyai Mac dengan Apple silicon dan anda menerima profil pendaftaran, idea yang bagus untuk menghubungi pentadbir rangkaian anda untuk mendapatkan arahan tentang cara memasangnya. Jika anda merupakan pentadbir rangkaian dan memerlukan maklumat tentang menyediakan komputer terurus dan memasang profil pendaftaran, lihat Rujukan Pengerahan untuk Mac.
Untuk mendapatkan maklumat tentang dasar privasi Apple, lihat tapak web Dasar Privasi Apple.
Pasangkan profil konfigurasi yang anda telah terima
Pada Mac anda, untuk membuka profil dalam keutamaan Profil (yang anda boleh semak semula maklumat tentangnya), lakukan satu daripada berikut:
Jika profil dilampirkan melalui e-mel, buka lampiran.
Jika profil disiarkan pada tapak web, muat turun profil daripada tapak web dan buka profil itu.
Klik Pasang untuk memasang profil pada Mac anda.
Anda mungkin ditanya untuk berikan kata laluan anda atau maklumat lain semasa pemasangan.
Jika versi profil yang terdahulu telah pun dipasang pada Mac anda, seting dalam versi yang terkini akan menggantikan yang terdahulu.
Lihat profil konfigurasi yang dipasang
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Profil.
Jika anda belum memasang sebarang profil konfigurasi, keutamaan Profil tidak tersedia.
Pilih profil dalam senarai Profil untuk lihat maklumat tentangnya.
Keluarkan profil konfigurasi dari Mac anda
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Profil.
Jika anda belum memasang sebarang profil konfigurasi, keutamaan Profil tidak tersedia.
Pilih profil dalam senarai Profil, kemudian klik butang Keluarkan .
Apabila anda keluarkan profil, semua seting dan maklumatnya dipadamkan. Sebagai contoh, jika profil menyediakan akaun e-mel anda, mengeluarkan profil itu akan memadamkan maklumat akaun daripada Mac anda.
Jika anda tidak boleh mengeluarkan profil konfigurasi, minta bantuan daripada individu yang menyediakan profil.
Jika anda seorang pembangun app Mac yang mencari maklumat tentang profil peruntukan, lihat Cipta profil peruntukan pembangunan.