
Tukar seting TCP/IP pada Mac
Pada Mac anda, gunakan seting rangkaian TCP/IP untuk mengkonfigurasikan sambungan IPv4 atau IPv6, atau untuk memperbaharui pajakan DHCP.
Nota: Seting yang tersedia berbeza bergantung pada jenis perkhidmatan rangkaian dipilih.
Untuk menukar seting ini, pilih menu Apple dalam bar sisi, klik perkhidmatan rangkaian di sebelah kanan, klik Butiran, kemudian klik TCP/IP. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Buka seting Rangkaian untuk saya
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Konfigurasi IPv4 | Pilih kaedah konfigurasi IPv4 disyorkan untuk ISP anda.
Pilihan yang tersedia berbeza bergantung pada jenis perkhidmatan rangkaian yang anda konfigurasikan. | ||||||||||
Konfigurasi IPv6 | Pilih kaedah konfigurasi IPv6 disyorkan untuk ISP anda.
| ||||||||||
Perbaharui Pajakan DHCP | Perbaharui pajakan DHCP. Pilihan ini tersedia apabila perkhidmatan menggunakan DHCP. | ||||||||||
ID klien DHCP (jika diperlukan) | Pengecam klien DHCP. Pilihan ini tersedia apabila perkhidmatan menggunakan DHCP. |