Tukar seting TCP/IP dalam keutamaan Rangkaian pada Mac
Gunakan anak tetingkap TCP/IP keutamaan Rangkaian pada Mac anda untuk mengkonfigurasi sambungan IPv4 atau IPv6, atau untuk memperbaharui pajakan DHCP.
Untuk menukar keutamaan ini pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Rangkaian , pilih perkhidmatan rangkaian dalam senarai di sebelah kiri, klik Lanjutan, kemudian klik TCP/IP.
Pilih kaedah konfigurasi IPv4 disyorkan untuk ISP anda.
Menggunakan DHCP: Pilih ini jika anda menerima alamat IPv4 secara automatik daripada ISP anda.
Menggunakan DHCP dengan alamat manual: Pilih ini jika ISP anda memberikan anda alamat IP tertentu dan menggunakan DHCP, kemudian masukkan alamat IP.
Menggunakan BootP: Pilih ini jika ISP anda menggunakan BootP.
Secara Manual: Pilih ini jika anda menerima alamat IPv4 tertentu, topeng subjaringan dan alamat penghala daripada ISP anda, kemudian masukkan nilai tersebut.
Nyahaktif: Pilih untuk menyahaktifkan seting IPv4 bagi antara muka ini.
Konfigurasi IPv6
Pilih kaedah konfigurasi IPv6 disyorkan untuk ISP anda.
Secara Automatik: Pilih ini jika anda menerima alamat IPv6 secara automatik daripada ISP anda.
Secara Manual: Pilih ini jika anda menerima alamat penghala, alamat IPv6 dan panjang awalan daripada ISP anda, kemudian masukkan nilai tersebut.
Pautan-tempatan sahaja: Pilih ini untuk mengehadkan trafik IPv6 ke rangkaian setempat.