Masukkan seting lanjutan TCP/IP
Gunakan seting TCP/IP lanjutan dari keutamaan Rangkaian untuk melaraskan seting TCP/IP anda. Anda mungkin perlu berbuat demikian jika pentadbir rangkaian atau ISP anda memerlukan anda menyediakan alamat IPv6 secara manual atau mengubah seting TCP/IP anda daripada menerima alamat IP secara automatik menggunakan DHCP untuk mengesetkannya secara manual.
Pilih Menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Rangkaian.
Dalam senarai di sebelah kiri, pilih sambungan rangkaian anda mahu gunakan (seperti Wi-Fi atau Ethernet), kemudian klik Lanjutan.
Klik TCP/IP, kemudian klik menu timbul Konfigurasi IPv4 atau Konfigurasi IPv6 untuk menjadikan pelarasan diperlukan oleh ISP atau pentadbir rangkaian anda.
Jika ISP atau pentadbir rangkaian anda memerlukan ia dan anda mengkonfigurasi IPv4 atau IPv6 menggunakan DHCP, masukkan ID Pelanggan DHCP.