Gunakan IPv6
IPv6 ialah versi Protokol Internet (IP) yang membekalkan lebih ruang alamat IP untuk pengguna Internet. Kelebihan utama dari IPv6 adalah meningkatkan saiz alamat dari 32 bit (IPv4 standard) ke 128 bit. Saiz alamat IP sebanyak 128 bit boleh menyokong bilangan besar alamat, walaupun dengan ketidakcekapan peruntukan alamat. Ini membenarkan lebih banyak alamat atau nod dari yang tersedia di bawah IPv4. IPv6 juga menyediakan lebih banyak cara untuk sediakan alamat dan konfigurasi automatik yang lebih mudah.
Secara lalai, IPv6 dikonfigurasi secara automatik dan seting lalai adalah mencukupi untuk sebahagian besar komputer yang perlu menggunakan IPv6. Walau bagaimanapun, jika pentadbir rangkaian atau pembekal perkhidmatan Internet (ISP) anda memberitahu anda untuk mengkonfigurasikan IPv6 secara manual, ikuti arahan di bawah.
Pilih Menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Rangkaian.
Pilih perkhidmatan rangkaian yang anda mahu gunakan dengan IPv6, seperti Ethernet atau Wi-Fi.
Klik Lanjutan, kemudian klik TCP/IP.
Klik menu timbul IPv6 Konfigurasi, pilih Secara Manual, kemudian masukkan alamat IPv6, alamat penghala dan panjang awalan yang anda terima daripada pentadbir rangkaian atau ISP anda.
Nota: Alamat penghala anda mungkin dirujuk sebagai alamat get laluan oleh beberapa ISP.