Jika Mac anda tidak bermula seperti yang dijangka
Jika komputer Mac berasakan Intel anda memaparkan skrin permulaan kosong atau biru, atau tanda soal pada skrin permulaan, mungkin terdapat masalah dengan kemas kini perisian, item permulaan, atau perisian.
Petua: Jika URL Sokongan Apple ditunjukkan pada skrin permulaan, anda boleh memasukkan URL pada peranti lain untuk mengakses maklumat tentang isu dan cadangan untuk menyelesaikannya.
Skrin permulaan kosong
Jika komputer Mac berasaskan Intel anda memaparkan skrin kosong pada permulaan—atau skrin dengan logo Apple (dengan atau tanpa ikon gear) dan tanda soal berkelip—ia menandakan mungkin terdapat masalah dengan kemas kini perisian tegar atau perisian. Cuba cadangan ini.
Pastikan perisian tegar terkini untuk Mac anda dipasang. Untuk mendapatkan versi terkini, semak kemas kini dalam seting Kemas Kini Perisian.
Jika anda baru memasang versi baharu macOS, pastikan Mac anda mempunyai memori dan ruang cakera yang disyorkan. Untuk menyemak, pilih menu Apple > Perihal Mac Ini, kemudian klik Info Lanjut. Jika Mac anda tidak memenuhi spesifikasi ini, pasang semula sistem pengendalian versi sebelumnya.
Gunakan Pemulihan macOS, sebahagian daripada sistem pemulihan terbina dalam Mac anda. Lihat Gunakan Pemulihan macOS pada Mac berasaskan Intel atau Gunakan Pemulihan macOS pada Mac dengan Apple silicon.
Skrin permulaan biru
Jika komputer Mac berasaskan Intel anda memaparkan skrin kosong biru atau skrin biru dengan roda berbilang warna pada permulaan, ia menandakan mungkin terdapat item permulaan atau perisian yang tidak serasi. Cuba cadangan ini.
Mula semula Mac anda dalam mod selamat. Jika Mac anda berjaya bermula dalam mod selamat, pilih menu Apple > Mula Semula untuk memulakan semula Mac anda secara normal.
Semak item log masuk anda untuk mengetahui jika mana-mana daripadanya tidak serasi.
Gunakan app Utiliti Cakera pada Mac anda untuk membaiki cakera permulaan anda.
Sandarkan cakera anda, kemudian pasang semula macOS.
Gunakan Pemulihan macOS, sebahagian daripada sistem pemulihan terbina dalam Mac anda. Lihat Gunakan Pemulihan macOS pada Mac berasaskan Intel.
Tanda soal pada skrin permulaan
Jika komputer Mac berasaskan Intel anda memaparkan tanda soal yang berkelip semasa permulaan, ia menandakan Mac anda mungkin tidak dapat mencari perisian sistem. Cuba cadangan ini.
Jika Mac anda bermula selepas satu tundaan yang pendek, cuba memilih semula cakera permulaan anda.
Jika Mac anda tidak bermula, lihat artikel Sokongan Apple Jika Mac anda bermula dengan tanda soal.
Jika anda mempunyai Mac dengan Apple silicon dan menghadapi masalah permulaan, cuba menggunakan Pemulihan macOS. Lihat Gunakan Pemulihan macOS pada Mac dengan Apple silicon.