Jika anda melihat skrin kelabu pada permulaan
Jika anda melihat skrin kelabu kosong selepas memulakan Mac, anda mungkin mempunyai masalah dengan kemas kini perisian tegar. Jika anda melihat skrin kelabu dengan logo Apple (dengan atau tanpa ikon gear) dan tanda soal yang berkerlip, anda mungkin mempunyai masalah dengan perisian yang hilang, tidak serasi atau rosak.
Nota: Untuk mencetak arahan ini sebelum anda bermula, klik butang Kongsi dalam tetingkap Bantuan, kemudian pilih Cetak.
Pastikan perisian tegar terkini untuk Mac anda dipasang. Pilih menu Apple > App Store, kemudian klik Kemas Kini atau semak tapak web Muat Turun Apple untuk versi terkini. Jika anda baru memasang versi baru perisian tegar komputer anda, cuba pasangkannya lagi.
Jika anda baru memasang versi baru macOS, pastikan Mac anda mempunyai memori dan ruang cakera yang disyorkan. Untuk semak spesifikasi komputer anda, pilih menu Apple > Perihal Mac Ini, atau rujuk kepada arahan bercetak yang disertakan dengan Mac anda.
Jika Mac anda tidak memenuhi spesifikasi ini, pasang semula sistem pengendalian versi sebelumnya.
Gunakan app Utiliti Cakera pada Mac anda untuk perbaiki cakera permulaan anda.
Jika anda bermula dengan DVD, ia mestilah cakera yang disertakan dengan Mac anda. Cakera dari model Mac lain mungkin tidak berfungsi dengan Mac anda.
Anda juga boleh menggunakan Pemulihan macOS, yang membantu anda memulihkan dari sandaran Time Machine, memasang semula macOS, mendapatkan bantuan atas talian, memperbaiki dan memadam cakera keras, serta banyak lagi. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Perihal Pemulihan macOS.