Jika anda melihat skrin biru semasa dimulakan
Jika anda melihat skrin biru kosong atau skrin biru dengan roda berwarna apabila anda cuba memulakan Mac anda, tetapi proses memulakan tidak berjaya, anda mungkin mempunyai masalah dengan item atau perisian permulaan yang rosak atau tidak serasi.
Nota: Untuk mencetak arahan ini sebelum anda bermula, klik butang Kongsi dalam tetingkap Bantuan, kemudian pilih Cetak.
Mula semula Mac anda dalam mod selamat. Jika Mac anda berjaya bermula dalam mod selamat, pilih menu Apple > Mula Semula untuk melihat sama ada Mac akan mula semula secara normal.
Jika nama pengguna dan kata laluan log masuk anda telah diterima dalam tetingkap log masuk tetapi proses bermula tidak berjalan, semak item log masuk anda. Ia mungkin tidak serasi.
Gunakan app Utiliti Cakera pada Mac anda untuk perbaiki cakera permulaan anda.
Sandarkan cakera anda, kemudian pasang semula macOS.
Jika anda bermula dengan DVD, ia mestilah cakera yang disertakan dengan Mac anda. Cakera dari model Mac lain mungkin tidak berfungsi dengan Mac anda.
Anda juga boleh menggunakan Pemulihan macOS, yang membantu anda memulihkan dari sandaran Time Machine, memasang semula macOS, mendapatkan bantuan atas talian, memperbaiki dan memadam cakera keras, serta banyak lagi. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Perihal Pemulihan macOS.