Jika Mac anda memaparkan skrin kelabu pada permulaan
Jika anda mengalami skrin kelabu kosong selepas memulakan Mac, mungkin terdapat masalah dengan kemas kini perisian tegar. Jika anda mengalami skrin kelabu dengan logo Apple (dengan, atau tanpa ikon gear) dan tanda soal yang berkerlip, mungkin terdapat masalah dengan perisian yang hilang, tidak serasi, atau rosak.
Nota: Untuk mencetak arahan ini, tekan Command-P.
Pastikan perisian tegar terkini untuk Mac anda dipasang. Anda boleh menyemak tapak web Muat Turun Apple untuk versi terkini.
Jika anda baru memasang versi baru macOS, pastikan Mac anda mempunyai memori dan ruang cakera yang disyorkan. Untuk menyemak, pilih menu Apple > Perihal Mac Ini, atau rujuk kepada arahan bercetak yang disertakan dengan Mac anda. Jika Mac anda tidak memenuhi spesifikasi ini, pasang semula sistem pengendalian versi sebelumnya.
Cuba gunakan Pemulihan macOS. Ia boleh membantu anda memulihkan daripada sandaran Time Machine, memasang semula macOS, mendapatkan bantuan dalam talian, memperbaiki atau memadamkan cakera keras dan banyak lagi. Lihat artikel Sokongan Apple Perihal Pemulihan macOS.