![](https://help.apple.com/assets/65A8106E7C69B635140E606E/65A81072C0272B1FFA02DE51/ms_MY/058e4af8e726290f491044219d2eee73.png)
Tukar seting 802.1X pada Mac
Pada Mac anda, gunakan seting rangkaian 801.1X untuk melihat butiran tentang profil 802.1X yang dipasang.
Nota: Seting yang tersedia berbeza bergantung pada profil konfigurasi dipilih.
Untuk menukar seting ini, pilih menu Apple dalam bar sisi, klik perkhidmatan rangkaian di sebelah kanan, klik Butiran, kemudian klik 802.1X. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Buka seting Rangkaian untuk saya
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
802.1X: [nama profil] | Klik Sambung untuk menyertai rangkaian yang dilindungi oleh 802.1X. Pilihan ini tersedia jika anda mempunyai profil dipasang untuk rangkaian yang dilindungi oleh 802.1X. | ||||||||||
Senarai profil | Pilih profil yang anda mahu lihat atau sambungkan. | ||||||||||
Dayakan sambungan automatik | Bersambung ke rangkaian ditentukan secara automatik apabila tersedia. | ||||||||||
Maklumat Profil | Lihat butiran tentang profil dipilih. |