Sambung ke rangkaian yang memerlukan pengesahan 802.1X
Anda boleh sambung ke rangkaian Wi-Fi atau Ethernet yang dilindungi oleh piawaian IEEE 802.1X. 802.1X standard adalah direka untuk meningkatkan keselamatan rangkaian kawasan setempat.
Dalam kebanyakan kes, pentadbir rangkaian anda menghantar anda profil konfigurasi yang mengandungi maklumat dan seting yang anda perlukan untuk mengesahkan dengan rangkaian itu.
Apabila anda muat turun profil dari web atau membuka lampiran menggunakan Mail, komputer mengenali sambungan .mobileconfig sebagai profil konfigurasi dan mula memasang selepas anda klik Pasang.
Semasa pemasangan, anda mungkin perlu masukkan kata laluan atau maklumat lain yang tidak ditentukan dalam profil.
Pilih Menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Rangkaian.
Pilih perkhidmatan rangkaian yang anda mahu guna, seperti Ethernet atau Wi-Fi, dalam senarai.
Klik Sambung. Jika anda memasang berbilang profil, klik menu timbul 802.1X, pilih yang anda mahu gunakan, kemudian klik Sambung.
Jika anda bersambung ke rangkaian Ethernet yang menggunakan 802.1X dan mahu sambung secara automatik ke rangkaian apabila ia dikesan, klik Lanjutan, klik 802.1X, kemudian pilih “Dayakan sambungan automatik.”
Untuk mendapatkan maklumat tentang profil konfigurasi, lihat Bantuan Pengurus Profil dan Bantuan Pengkonfigurasi Apple 2.