Tukar seting 802.1X pada Mac
Pada Mac anda, gunakan seting rangkaian 801.1X untuk melihat butiran tentang profil 802.1X yang dipasang.
Nota: Seting yang tersedia berbeza bergantung pada profil konfigurasi dipilih.
Untuk menukar seting ini, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Rangkaian dalam bar sisi, klik perkhidmatan rangkaian di sebelah kanan, klik Butiran, kemudian klik 802.1X. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Buka seting Rangkaian untuk saya
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
802.1X: [nama profil] | Klik Sambung untuk menyertai rangkaian yang dilindungi oleh 802.1X. Pilihan ini tersedia jika anda mempunyai profil dipasang untuk rangkaian yang dilindungi oleh 802.1X. | ||||||||||
Senarai profil | Pilih profil yang anda mahu lihat atau sambungkan. | ||||||||||
Dayakan sambungan automatik | Bersambung ke rangkaian ditentukan secara automatik apabila tersedia. | ||||||||||
Maklumat Profil | Lihat butiran tentang profil dipilih. |