
Tukar kecerahan paparan Mac anda
Anda boleh laraskan kecerahan paparan anda secara manual atau automatik.
Gunakan kekunci fungsi kecerahan
Jika skrin kelihatan terlalu terang atau terlalu gelap, anda boleh melaraskan kecerahan paparan anda.
Pada Mac anda, tekan kekunci tingkatkan kecerahan
atau kekunci kurangkan kecerahan
(atau gunakan Control Strip).
Laraskan kecerahan secara automatik
Jika Mac anda mempunyai sensor cahaya ambien, pilih menu Apple
> Seting Sistem, kemudian klik Paparandalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Aktifkan “Laraskan kecerahan secara automatik” di sebelah kanan.
Jika anda tidak melihat pilihan “Laraskan kecerahan secara automatik”, anda boleh melaraskan kecerahan secara manual.
Laraskan kecerahan secara manual
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Seting Sistem, kemudian klik Paparandalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Seret gelangsar Kecerahan di sebelah kanan untuk melaraskan kecerahan paparan anda.
Bergantung pada jenis paparan disambungkan ke Mac, anda juga mungkin melihat gelangsar Kontras yang anda boleh gunakan untuk melaraskan kontras paparan.
Untuk maklumat tertentu tentang kecerahan paparan anda, semak dokumentasi yang disertakan dengan paparan anda.