
Sambungkan peranti Bluetooth dengan Mac anda
Sambungkan Mac anda dengan papan kekunci, tetikus, trackpad, set kepala, atau peranti audio Bluetooth® lain.
Sambungkan peranti Bluetooth
Pastikan peranti dihidupkan dan boleh ditemui (lihat dokumentasi peranti untuk butiran).
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Seting Sistem, kemudian klik Bluetoothdalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Tahan penuding di atas peranti dalam senarai, kemudian klik Sambung.
Jika ditanya, klik Terima (atau masukkan siri nombor, kemudian tekan Enter).
Anda juga boleh menyambungkan peranti Bluetooth ke Mac anda dengan mengklik ikon status Bluetooth dalam bar menu dan memilih peranti. Jika ikon tidak ditunjukkan dalam bar menu, anda boleh menambahnya menggunakan seting Pusat Kawalan.
Putuskan sambungan peranti Bluetooth
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Seting Sistem, kemudian klik Bluetoothdalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Tahan penuding di atas peranti dalam senarai, kemudian klik Putuskan Sambungan.
Jika anda tidak mahu peranti bersambung semula secara automatik, Control-klik namanya, kemudian klik Lupakan. Anda perlu menyambungnya semula jika anda mahu menggunakannya kemudian.