
Gabungkan fail ke dalam PDF pada Mac
Anda boleh menggabungkan berbilang fail ke dalam PDF dengan cepat terus daripada desktop atau tetingkap Finder anda.
Pada Mac anda, klik ikon Finder
dalam Dock untuk membuka tetingkap Finder.
Pilih fail yang anda mahu gabungkan ke dalam PDF.
Sebagai alternatif, anda boleh memilih fail pada desktop anda.
Nota: Fail muncul dalam PDF dalam susunan yang sama anda memilihnya.
Control-klik fail yang dipilih, kemudian pilih Tindakan Cepat > Cipta PDF.
Fail dicipta secara automatik dengan nama yang serupa dengan fail pertama yang anda pilih.
Petua: Anda juga boleh memilih fail dalam Finder dan menggunakan butang Cipta PDF dalam anak tetingkap Pratonton pada tetingkap Finder. Jika anda tidak melihat anak tetingkap Pratonton di sebelah kanan, pilih Paparan > Tunjukkan Pratonton.
Untuk maklumat tentang cara untuk mengedit PDF anda selepas ia dicipta, lihat Panduan Pengguna Pratonton.