
App disertakan pada Mac anda
Mac anda disertakan dengan pelbagai app yang telah dipasang, supaya anda boleh berseronok, bekerja, berhubung dengan rakan, menjadi terurus, membeli barang dan banyak lagi. Untuk melihat app tersedia pada Mac anda, klik
dalam Dock. Anda juga boleh membuka Spotlight dan menaip nama app untuk mencarinya. Untuk membuka app, klik ikonnya dalam Dock atau dalam Spotlight.
Petua: Setiap app yang datang dengan Mac anda menyertakan bantuan terbina dalam. Untuk mengetahui cara menggunakan app, buka app, kemudian klik Bantuan dalam bar menu. Atau klik pautan dalam lajur Perihalan di bawah untuk membuka panduan pengguna bagi app.
App
Ikon | App | Perihalan | |||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Monitor Aktiviti | Dapatkan butiran tentang aktiviti pada Mac anda, termasuk penggunaan memori, penggunaan tenaga dan aktiviti CPU, cakera serta rangkaian. Lihat Panduan Pengguna Monitor Aktiviti. | ||||||||||
Utiliti AirPort | Sediakan dan urus rangkaian Wi-Fi dan Stesen Pangkalan AirPort. Lihat Panduan Pengguna Utiliti Airport. | ||||||||||
Apple Games | Susun semua permainan anda di satu tempat, terokai permainan baharu dan main dengan rakan. Lihat Panduan Pengguna App Apple Games. | ||||||||||
App Store | Cari, beli, pasang, kemas kini dan ulas app untuk Mac. Lihat Panduan Pengguna App Store. | ||||||||||
Persediaan MIDI Audio | Sediakan peranti audio dan MIDI disambungkan ke Mac anda. Lihat Panduan Pengguna Persediaan MIDI Audio. | ||||||||||
Automator | Automasikan tugas tanpa perlu menggunakan pemprograman atau bahasa penskripan yang rumit. Lihat Panduan Pengguna Automator. | ||||||||||
Pertukaran Fail Bluetooth® | Buat sambungan wayarles julat pendek antara peranti. Lihat seting Bluetooth. | ||||||||||
Buku | Dapatkan dan baca buku klasik dan paling laris, dengar buku audio, atau belajar buku teks. Lihat Panduan Pengguna Apple Books. | ||||||||||
Pembantu Boot Camp | Gunakan Windows pada Mac berasaskan Intel. Lihat Panduan Pengguna Pembantu Boot Camp. | ||||||||||
Kalkulator | Menjalankan pengiraan asas, lanjutan atau pengaturcara. Lihat Panduan Pengguna Kalkulator. | ||||||||||
Kalendar | Jejak mesyuarat, peristiwa dan janji temu dalam satu tempat. Lihat Panduan Pengguna Kalendar. | ||||||||||
Catur | Main catur melawan Mac anda atau pemain lain. Lihat Panduan Pengguna Catur. | ||||||||||
Jam | Setkan penggera dan pemasa atau gunakan jam dunia serta jam randik. Lihat Panduan Pengguna Jam. | ||||||||||
Utiliti ColorSync | Laraskan profil warna pada Mac anda. Lihat Panduan Pengguna Utiliti ColorSync. | ||||||||||
Konsol | Lihat mesej log untuk mencari butiran tentang masalah dengan Mac anda. Lihat Panduan Pengguna Konsol. | ||||||||||
Kenalan | Jejak orang dan syarikat yang berkomunikasi dengan anda, termasuk maklumat seperti nombor telefon, alamat, hari lahir dan banyak lagi. Lihat Panduan Pengguna Kenalan. | ||||||||||
Kamus | Cari perkataan dalam kamus dan sumber lain. Lihat Panduan Pengguna Kamus. | ||||||||||
Meter Digital Warna | Cari nilai warna untuk sebarang warna pada paparan. Lihat Panduan Pengguna Meter Warna Digital. | ||||||||||
Utiliti Direktori | Tambah dan konfigurasikan sambungan lanjutan ke pelayan direktori. Lihat Panduan Pengguna Utiliti Direktori. | ||||||||||
Utiliti Cakera | Urus cakera, imej cakera dan set RAID. Lihat Panduan Pengguna Utiliti Cakera. | ||||||||||
Pemain DVD | Mainkan DVD atau fail filem DVD. Lihat Panduan Pengguna Pemain DVD. | ||||||||||
FaceTime | Buat panggilan video dan audio. Lihat Panduan Pengguna FaceTime. | ||||||||||
Cari | Lihat lokasi rakan, peranti dan item anda pada peta. Lihat Panduan Pengguna Cari. | ||||||||||
Buku Fon | Pasang, urus dan pratonton fon. Lihat Panduan Pengguna Buku Fon. | ||||||||||
Freeform | Bekerjasama dengan orang lain dan hidupkan idea menggunakan kanvas yang fleksibel. Lihat Panduan Pengguna Freeform. | ||||||||||
GarageBand | Dapatkan ilham dalam studio penciptaan muzik yang dilengkapi penuh dalam Mac anda. Lihat Panduan Pengguna GarageBand. (Jika GarageBand tidak dipasang pada Mac, anda boleh mendapatkannya daripada App Store.) | ||||||||||
Grapher | Gambarkan dan analisis persamaan tersirat dan tersurat. Lihat Panduan Pengguna Grapher. | ||||||||||
Rumah | Kawal dan automasikan aksesori Apple Home. Lihat Panduan Pengguna Rumah. | ||||||||||
Tangkap Imej | Pindahkan dan imbas imej atau tangkap gambar. Lihat Panduan Pengguna Tangkap Imej. | ||||||||||
Image Playground | Jika Apple Intelligence* diaktifkan, anda boleh menggunakan Image Playground untuk mencipta imej dan watak unik. Lihat Cipta imej asal dengan Image Playground. | ||||||||||
iMovie | Layari klip video, kongsi detik kegemaran dan cipta treler dan filem. Lihat Panduan Pengguna iMovie. (Jika iMovie tidak dipasang pada Mac, anda boleh mendapatkannya daripada App Store.) | ||||||||||
Pencerminan iPhone | Lihat iPhone anda pada Mac anda. Lihat Kawal iPhone anda daripada Mac anda. | ||||||||||
Jurnal | Catat fikiran anda tentang detik setiap hari dan pengalaman istimewa. Lihat Panduan Pengguna Jurnal. | ||||||||||
Keynote | Cipta pembentangan dengan imej, media, carta, animasi dan banyak lagi. Lihat Panduan Pengguna Keynote. Keynote ialah sebahagian daripada suite pejabat iWork. Jika ia tidak dipasang pada Mac anda, dapatkannya daripada App Store. | ||||||||||
Pembesar | Zum masuk ke persekitaran anda dan sesuaikan pengalaman anda. Lihat Buatkan Mac anda zum masuk pada perkara di sekeliling anda. | ||||||||||
Uruskan semua e-mel anda di satu tempat. Lihat Panduan Pengguna Mail. | |||||||||||
Peta | Dapatkan arah, keadaan trafik dan butiran pengangkutan awam. Lihat Panduan Pengguna Peta. | ||||||||||
Mesej | Hantar teks dan mesej audio. Lihat Panduan Pengguna Mesej. | ||||||||||
Pembantu Penghijrahan | Pindahkan maklumat anda daripada Mac, PC Windows, sandaran Time Machine atau cakera lain. Lihat Pindahkan maklumat anda ke Mac daripada komputer atau peranti lain. | ||||||||||
Muzik | Dengar pustaka muzik anda dan terokai artis baharu. Lihat Panduan Pengguna Apple Music. Untuk mengetahui cara menggunakan Apple Music pada Web, lihat Panduan Pengguna Apple Music untuk music.apple.com. | ||||||||||
News | Kekal berinformasi dengan berita daripada sumber utama, diuruskan oleh editor dan diperibadikan untuk anda. Lihat Panduan Pengguna Apple News. | ||||||||||
Nota | Catat fikiran dengan cepat—tambah foto, video URL, atau jadual. Lihat Panduan Pengguna Nota. | ||||||||||
Numbers | Cipta hamparan dengan formula, fungsi, carta interaktif dan banyak lagi. Lihat Panduan Pengguna Numbers. Numbers ialah sebahagian daripada suite pejabat iWork. Jika ia tidak dipasang pada Mac, anda boleh mendapatkannya daripada App Store. | ||||||||||
Pages | Cipta dokumen pemprosesan perkataan dan tataletak halaman dengan teks yang diformatkan, imej, media, jadual dan banyak lagi. Lihat Panduan Pengguna Pages. Pages ialah sebahagian daripada suite pejabat iWork. Jika ia tidak dipasang pada Mac, anda boleh mendapatkannya daripada App Store. | ||||||||||
Kata Laluan | Simpan maklumat kata laluan dan akaun. Lihat Panduan Pengguna Kata Laluan. | ||||||||||
Telefon | Dapatkan panggilan telefon pada Mac anda. Lihat Panduan Pengguna App Telefon. | ||||||||||
Photo Booth | Ambil foto yang menyeronokkan atau rekod video. Lihat Panduan Pengguna Photo Booth. | ||||||||||
Foto | Import, lihat dan susun foto dan video anda. Lihat Panduan Pengguna Foto. | ||||||||||
Podcast | Terokai dan langgan cerita audio yang menghiburkan, memberi maklumat dan inspirasi. Lihat Panduan Pengguna Apple Podcasts. | ||||||||||
Pratonton | Lihat dan edit PDF serta imej; import imej; dan ambil gambar skrin. Lihat Panduan Pengguna Pratonton. | ||||||||||
Pusat Cetakan | Lihat dan urus kerja pencetakan. Lihat Urus pencetak dan kerja pencetakan dengan Pusat Cetakan. | ||||||||||
QuickTime Player | Mainkan fail video atau audio dan edit filem. Lihat Panduan Pengguna QuickTime Player. | ||||||||||
Peringatan | Urus senarai tugasan anda dan cipta senarai untuk projek, barang runcit dan perkara lain yang anda perlu jejak. Lihat Panduan Pengguna Peringatan. | ||||||||||
Safari | Layari dan beli di web secara selamat. Lihat Panduan Pengguna Safari. | ||||||||||
Perkongsian Skrin | Lihat dan kawal skrin Mac lain pada rangkaian anda. Lihat Kongsi skrin Mac lain. | ||||||||||
Tangkapan Skrin | Tangkap gambar atau rakaman pada skrin Mac anda. Lihat Ambil tangkapan skrin atau rakaman skrin. | ||||||||||
Editor Skrip | Cipta skrip, alat dan juga app berkuasa. Lihat Panduan Pengguna Editor Skrip. | ||||||||||
Pintasan | Gunakan pintasan yang sedia dibuat atau cipta pintasan anda sendiri untuk mengautomasi tugas harian pada Mac anda dan menyelesaikannya dengan lebih cepat. Lihat Panduan Pengguna Pintasan. | ||||||||||
Nota Lekat | Simpan nota, senarai dan gambar pada desktop. Lihat Panduan Pengguna Nota Lekat. | ||||||||||
Saham | Dapatkan berita pasaran dan jejak saham serta pertukaran kegemaran anda. Lihat Panduan Pengguna Saham. | ||||||||||
Maklumat Sistem | Dapatkan butiran tentang Mac anda, termasuk perkakasan, rangkaian dan perisiannya. Lihat Panduan Pengguna Maklumat Sistem. | ||||||||||
Seting Sistem | Tukar desktop, tambah pengguna, kawal privasi dan keselamatan serta banyak lagi. Lihat Sesuaikan Mac anda. | ||||||||||
Terminal | Akses sistem operasi UNIX yang lengkap dalam macOS menggunakan baris perintah. Lihat Panduan Pengguna Terminal. | ||||||||||
TextEdit | Cipta dan edit teks biasa, teks beraneka, HTML dan jenis dokumen lain. Lihat Panduan Pengguna TextEdit. | ||||||||||
Petua | Ketahui lebih lanjut tentang Mac anda dan cara menggunakan semua app yang disertakan dengan macOS. Untuk membuka app Petua, klik | ||||||||||
TV | Tonton rancangan dan filem kegemaran anda, serta terokai yang baharu. Lihat Panduan Pengguna App Apple TV. | ||||||||||
Memo Suara | Rakam, main, edit dan kongsi rakaman audio. Lihat Panduan Pengguna Memo Suara. | ||||||||||
Utiliti VoiceOver | Sesuaikan VoiceOver, pembaca skrin terbina dalam macOS. Lihat Panduan Pengguna VoiceOver. | ||||||||||
Cuaca | Lihat keadaan cuaca semasa di lokasi anda dan lokasi lain di seluruh dunia. Lihat Panduan Pengguna Cuaca. | ||||||||||
Anda boleh menukar rupa bar menu, gambar desktop, Dock dan app terbina dalam dengan memilih penampilan cerah atau gelap dalam Seting Sistem.
Semasa masa henti, atau jika anda mencapai had masa yang disetkan untuk app dalam seting Masa Skrin, ikon app dimalapkan dan ikon jam pasir 




































































