Panduan Pengguna Catur
untuk macOS
Gunakan Catur pada Mac anda untuk bermain perlawanan dalam talian, melawan komputer anda, atau melawan diri anda sendiri.
Main permainan
Dalam app Catur pada Mac anda, lakukan mana-mana daripada berikut:
Cabar Mac anda atau orang dalam permainan: Pilih Permainan > Baharu.
Petua: Apabila anda memulakan permainan baharu, alihkan penuding ke atas item dalam menu timbul Varian dan Pemain untuk mendapatkan maklumat tentang item.
Main perlawanan dalam talian: Daftar masuk ke Game Center, pilih Permainan > Baharu, klik menu timbul Pemain, kemudian pilih Perlawanan Game Center.
Dapatkan petunjuk: Pilih Langkah > Tunjukkan Petua. Anak panah menunjuk ke arah di mana anda harus menggerakkan buah catur.
Ambil kembali langkah: Pilih Langkah > Ambil Kembali Langkah untuk setiap langkah yang anda mahu buat asal.
Lihat langkah: Pilih Langkah > Tunjukkan Langkah Terakhir. Anak panah menunjukkan dari petak asal buah catur hingga ke petak baharunya. Untuk melihat semua langkah yang dibuat semasa permainan, pilih Langkah > Log Permainan.
Rakam permainan: Pilih Permainan > Rakam Permainan [nombor].
Untuk berhenti merakam, pilih Permainan > Henti Merakam Permainan [nombor], masukkan nama, pilih tempat untuk menyimpan rakaman, kemudian klik Simpan.
Sesuaikan permainan
Dalam app Catur pada Mac anda, lakukan mana-mana daripada berikut:
Setkan tahap kesukaran: Pilih Catur > Seting, kemudian seret gelangsar ke arah Lebih Laju atau Lebih Kuat untuk mengurangkan atau meningkatkan kelajuan atau kesukaran (tidak tersedia apabila anda bermain dengan orang lain).
Tukar penampilan permainan: Pilih Catur > Seting, kemudian pilih gaya untuk papan dan buah catur.
Tukar sudut paparan papan: Klik dan tahan sebarang sudut papan, kemudian laraskan sudut paparan menggunakan tetikus atau trackpad anda.
Dengarkan langkah disebut: Pilih Catur > Seting, pilih petak semak untuk langkah yang anda mahu dengarkan, kemudian pilih suara.
Tambah atau keluarkan tatatanda pinggir: Pilih Paparan > Tatatanda Pinggir. Tanda semak ditunjukkan jika ia diaktifkan.
Simpan permainan
Dalam app Catur
pada Mac anda, pilih Permainan > Simpan.
Masukkan nama, kemudian pilih tempat untuk menyimpan permainan anda.
Pilih format fail.
Jika anda memilih Permainan Catur, anda boleh membuka fail dalam Catur untuk meneruskan permainan. Jika anda memilih Langkah (PGN), langkah dan maklumat permainan disimpan sebagai teks biasa.
Klik Simpan.