Cipta imej asal dengan Image Playground pada Mac
Dalam app Image Playground, anda boleh menggunakan Apple Intelligence untuk mencipta imej asal dalam beberapa saat sahaja. Mula menggunakan perihalan teks ringkas, foto dan orang daripada pustaka Foto anda. Anda juga boleh menggunakan Image Playground untuk mencipta imej dalam Freeform, Mesej dan banyak lagi.
Nota: Apple Intelligence pada macOS 27 tidak tersedia dalam semua bahasa atau rantau. Had penggunaan mungkin dikenakan.* Anda boleh menyekat akses kepada ciri penciptaan imej, seperti Image Playground, dalam seting Masa Skrin. Lihat Tukar seting Pengehadan Siri dalam Masa Skrin. Umur yang disyorkan untuk Imej Realistik ialah 18+. Untuk mendapatkan maklumat tentang kawalan ibu bapa, lihat Peranti Apple untuk Kanak-kanak dan Keluarga.
Cipta imej
Pergi ke app Image Playground
pada Mac anda.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Cipta imej baharu: Klik
.
Edit imej sedia ada: Klik imej dalam galeri.
Lakukan mana-mana yang berikut untuk menyesuaikan imej anda:
Terangkannya: Masukkan penerangan.
Tambah orang daripada pustaka Foto anda: Klik
, kemudian pilih orang. Anda boleh menambah sehingga tiga orang.
Nota: Jika anda menyediakan perihalan teks yang tidak sepadan dengan orang yang anda pilih, imej anda diperibadikan berdasarkan foto yang anda pilih berbanding dengan perihalan teks.
Foto sesuatu yang lain seperti haiwan peliharaan, alam semula jadi atau makanan: Klik
, kemudian pilih pilihan.
Pilih nisbah aspek: Klik
, kemudian pilih Segi Empat Sama, Potret atau Landskap.
Klik butang Gaya, kemudian pilih gaya:
Gaya Apple Intelligence: Pilih Sebarang Gaya, Animasi, Ilustrasi atau Lakaran, atau cipta Genmoji. Apabila anda mencipta Genmoji, anda boleh menyimpannya bersama pelekat anda.
Nota: Jika anda memilih Sebarang Gaya, anda boleh menerangkan gaya yang anda mahukan sebagai sebahagian daripada perihalan imej anda.
Gaya ChatGPT:** Klik ChatGPT untuk menerangkan gaya yang anda mahukan.
Semua perubahan disimpan secara automatik ke galeri anda. Jika anda telah mencipta Genmoji, klik Tambah Emoji untuk menambahnya dengan pelekat anda. Untuk melihat imej dalam galeri anda, klik
. Semua versi yang anda cipta untuk idea tunggal dikumpulkan bersama.
Sebagai tambahan kepada menggunakan app Image Playground, anda juga boleh menggunakan ciri Image Playground untuk mencipta imej asal dalam app seperti Freeform dan Mesej. Lihat Tambah imej dan imbasan ke papan Freeform. Image Playground juga tersedia dalam Keynote, Pages, Jemputan Apple, app pihak ketiga yang disokong dan banyak lagi.
Edit imej sedia ada
Pergi ke app Image Playground
pada Mac anda.
Klik imej dalam galeri.
Lakukan mana-mana yang berikut untuk memperhalus imej anda:
Terangkan perubahan: Masukkan perihalan untuk mengubah latar belakang, menukar gaya atau menambah sesuatu yang baru.
Buat pengeditan bersasar: Klik
, kemudian klik, berus atau bulatkan objek tertentu. Anda boleh mengalihkannya, mensaiznya semula atau menukarnya dengan imej lain. Gunakan butang di bahagian atas tetingkap untuk menambah elemen, atau untuk menukar atau mengeluarkan objek yang anda pilih. Untuk menyimpan pengeditan disasarkan anda, klik Selesai di penjuru kanan atas.
Beri kapsyen pada imej: Control-klik imej, kemudian pilih Tambah Kapsyen.
Nota: Skrol ke atas atau bawah untuk bergerak antara versi imej anda. Anda boleh beralih ke versi yang berbeza pada bila-bila masa dan terus memperhalus dari situ.
Apabila anda sudah selesai, klik Selesai.
Kongsi, salin atau padamkan imej
Pergi ke app Image Playground
pada Mac anda.
Control-klik imej dalam galeri, kemudian pilih pilihan.
Nota: Jika anda memadam imej daripada Image Playground, ia dipadam pada semua peranti anda yang didaftar masuk ke Akaun Apple yang sama.