
Pastikan Mac dan data anda selamat

Daftar masuk dengan lebih selamat
Anda boleh menggunakan kunci laluan untuk mendaftar masuk ke tapak web dan app secara mudah dan selamat dengan Touch ID atau Face ID—tanpa perlu mengingati kata laluan yang panjang. Kunci laluan disulitkan secara hujung ke hujung, selamat daripada kebocoran data dan diselaraskan merentas semua peranti Apple anda.

Pastikan alamat e-mel anda peribadi
Langgan iCloud+ dan cipta alamat e-mel rawak yang unik dengan Sembunyikan E-mel Saya. Anda boleh menggunakan alamat ini untuk menghantar e-mel, semasa anda mengisi borang pada tapak web dan banyak lagi—tanpa berkongsi alamat e-mel sebenar anda.

Kosongkan sejarah pelayaran anda
Safari menyimpan sejarah pelayaran anda untuk menjadikannya mudah untuk kembali ke tapak web yang anda lawati. Jika anda mahu mengeluarkan rekod ini, anda boleh mengosongkan sejarah anda daripada semua peranti Apple anda.

Hentikan penjejak internet
Safari menghalang penjejak diketahui daripada menggunakan alamat IP anda untuk memprofilkan anda, jadi privasi anda dilindungi dengan lebih baik semasa anda melayari internet. Pencegahan Penjejakan Pintar menghalang pembekal kandungan pihak ketiga daripada menjejaki anda merentasi tapak web untuk mengiklankan produk dan servis mereka.

Pastikan Mac anda selamat
Jadikan Mac anda lebih selamat dengan mencipta kunci laluan atau menggunakan kata laluan kukuh, mengehadkan bilangan pengguna pentadbir, memerlukan semua pengguna untuk log masuk, menyulitkan data dengan FileVault dan banyak lagi.