Padam dan pasang semula macOS
Anda boleh memadamkan Mac anda dan menggunakan Pemulihan macOS, sistem pemulihan terbina dalam pada Mac anda, untuk memasang semula macOS.
AMARAN: Memadam Mac anda akan mengeluarkan semua maklumat daripada Mac. Sebelum anda bermula, sandarkan Mac anda dengan Time Machine.
Pada Mac dengan Apple silicon
Komputer anda mesti disambungkan ke internet. Jika anda memasang semula pada komputer riba Mac, sambungkan penyesuai kuasa.
Padamkan Mac anda menggunakan Pembantu Padam.
Mula Semula Mac anda.
Pilih menu Apple > Tutup, tekan dan tahan butang kuasa sehingga “Memuatkan pilihan permulaan” kelihatan, pilih Pilihan, klik Teruskan, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Dalam tetingkap app Pemulihan, pilih Pasang semula keluaran macOS anda, klik Teruskan, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Pada Mac berasaskan Intel dengan Cip Keselamatan T2 Apple
Komputer anda mesti disambungkan ke internet. Jika anda memasang semula pada komputer riba Mac, sambungkan penyesuai kuasa.
Padamkan Mac anda menggunakan Pembantu Padam.
Mula Semula Mac anda.
Pilih menu Apple > Mula Semula, kemudian tekan dan tahan satu daripada gabungan kekunci ini serta-merta, bergantung pada perkara yang anda mahu lakukan:
Pasang versi terbaru macOS yang serasi dengan komputer anda: Option-Command-R.
Pasang semula versi asal macOS komputer anda daripada internet (termasuk kemas kini tersedia): Option-Shift-Command-R.
Pasang semula versi macOS semasa anda: Command-R.
Dalam tetingkap app Pemulihan, pilih Pasang semula keluaran macOS anda, klik Teruskan, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Pada Mac berasaskan Intel tanpa Cip Keselamatan T2 Apple
Komputer anda mesti disambungkan ke internet. Jika anda memasang semula pada komputer riba Mac, sambungkan penyesuai kuasa.
Pilih menu Apple > Mula Semula, kemudian tekan dan tahan Command-R serta-merta.
Dalam tetingkap app Pemulihan, pilih Utiliti Cakera, kemudian klik Teruskan.
Dalam Utiliti Cakera, pilih volum yang anda mahu padamkan dalam bar sisi, kemudian klik Padam dalam bar alat.
Taipkan nama untuk volum dalam medan Nama, klik menu timbul Format dan pilih APFS, kemudian klik Padam Kumpulan Volum.
Apabila proses padam selesai, klik Selesai, kemudian pilih Utiliti Cakera > Keluar daripada Utiliti Cakera.
Dalam tetingkap app Pemulihan, pilih Pasang semula keluaran macOS anda, klik Teruskan, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Jika anda mahu memadamkan Mac anda tanpa memasangkan semula macOS, untuk memulihkannya ke seting kilang sebelum anda menukar beli atau menjualnya, lihat Padam Mac anda.