Padam dan pasang semula macOS
Anda boleh memulihkan Mac anda ke seting kilang dengan memadamkan Mac anda, kemudian gunakan Pemulihan macOS, sistem pemulihan terbina dalam pada Mac anda, untuk memasang semula macOS.
Penting: Memadam volum mengeluarkan semua maklumat daripada volum. Sebelum anda bermula, sandarkan fail dan maklumat penting anda ke peranti storan lain.
Komputer anda mesti disambungkan ke internet. Jika anda memasang semula pada komputer buku Mac, sambungkan penyesuai kuasa.
Mulakan komputer anda dalam Pemulihan macOS:
Pada Mac dengan Apple silicon: Pilih menu Apple > Tutup, tekan dan tahan butang kuasa sehingga anda melihat “Memuatkan pilihan permulaan”, pilih Pilihan, klik Teruskan, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Pada Mac berasaskan Intel: Pilih menu Apple > Mula Semula, kemudian tekan dan tahan Command-R serta-merta.
Dalam tetingkap app Pemulihan, pilih Utiliti Cakera, kemudian klik Teruskan.
Dalam Utiliti Cakera, pilih volum yang anda mahu padamkan dalam bar sisi, kemudian klik Padam dalam bar alat.
Taipkan nama untuk volum dalam medan Nama, klik menu timbul Format dan pilih APFS, kemudian klik Padam Kumpulan Volum.
Apabila proses padam selesai, klik Selesai, kemudian pilih Utiliti Cakera > Keluar daripada Utiliti Cakera.
Dalam tetingkap app Pemulihan, pilih “Pasang Semula macOS Big Sur”, klik Teruskan, kemudian ikuti arahan atas skrin.