Pasang semula macOS
Anda boleh menggunakan Pemulihan macOS, sistem pemulihan terbina dalam pada Mac anda, untuk memasang macOS. Pemulihan macOS mengekalkan fail dan seting pengguna anda dalam keadaan baik semasa memasang semula.
Penting: Komputer anda mesti disambungkan ke internet untuk memasang semula macOS.
Mulakan komputer anda dalam Pemulihan macOS:
Pada Mac dengan Apple silicon: Pilih menu Apple > Tutup, tekan dan tahan butang kuasa sehingga anda melihat “Memuatkan pilihan permulaan”, pilih Pilihan, klik Teruskan, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Pada Mac berasaskan Intel: Pilih menu Apple > Mula Semula, kemudian tekan dan tahan satu daripada gabungan kekunci ini serta-merta, bergantung pada perkara yang anda mahu lakukan:
Pasang versi terbaru macOS yang serasi dengan komputer anda: Tekan dan tahan Option-Command-R.
Pasang semula versi asal macOS komputer anda daripada internet (termasuk kemas kini tersedia): Tekan dan tahan Shift-Option-Command-R.
Pasang semula versi macOS yang disimpan pada volum pemulihan terbina dalam komputer anda: Tekan dan tahan Command-R.
Dalam tetingkap app Pemulihan, pilih Pasang Semula macOS Big Sur, kemudian klik Teruskan.
Ikuti arahan pada skrin. Dalam anak tetingkap yang anda pilih volum, pilih volum macOS semasa anda (dalam kebanyakan keadaan, ia adalah satu-satunya yang tersedia).