Pasang semula macOS
Anda boleh menggunakan Pemulihan macOS, sistem pemulihan terbina dalam pada Mac anda, untuk memasang macOS. Pemulihan macOS mengekalkan fail dan seting pengguna anda dalam keadaan baik semasa memasang semula.
Penting: Komputer anda mesti disambungkan ke internet untuk memasang semula macOS.
Mulakan komputer anda dalam Pemulihan macOS:
Pada Mac dengan Apple silicon: Pilih menu Apple > Tutup, tekan dan tahan butang kuasa sehingga “Memuatkan pilihan permulaan” kelihatan, pilih Pilihan, klik Teruskan, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Pada Mac berasaskan Intel: Pilih menu Apple > Mula Semula, kemudian tekan dan tahan satu daripada gabungan kekunci ini serta-merta, bergantung pada perkara yang anda mahu lakukan:
Pasang versi terbaru macOS yang serasi dengan komputer anda: Option-Command-R.
Pasang semula versi asal macOS komputer anda daripada internet (termasuk kemas kini tersedia): Option-Shift-Command-R.
Pasang semula versi macOS semasa anda: Command-R.
Dalam tetingkap app Pemulihan, pilih Pasang Semula untuk keluaran macOS anda, kemudian klik Teruskan.
Ikuti arahan pada skrin. Dalam anak tetingkap yang anda pilih volum, pilih volum macOS semasa anda (dalam kebanyakan keadaan, ia adalah satu-satunya yang tersedia).
Pada Mac dengan Apple silicon atau Mac berasaskan Intel dengan Cip Keselamatan T2 Apple, gunakan Pembantu Padam untuk mereset Mac anda ke seting kilang sebelum anda tukar beli atau jual Mac anda. Lihat Padam Mac anda.