Padam Mac anda
Pada Mac dengan Apple silicon atau Mac berasaskan Intel dengan Cip Keselamatan T2 Apple, gunakan Pembantu Padam untuk mereset Mac anda ke seting kilang sebelum anda tukar beli atau jual Mac anda. Anda juga boleh menggunakan Pembantu Padam untuk memadamkan Mac anda sebelum memasang semula macOS. Pembantu Padam memadamkan kandungan dan seting anda serta sebarang app yang anda pasangkan.
AMARAN: Memadam Mac anda akan mengeluarkan semua maklumat daripada Mac. Sebelum anda bermula, sandarkan Mac anda dengan Time Machine.
Apakah yang Pembantu Padam lakukan?
Pembantu Padam melakukan perkara berikut pada Mac anda:
Mendaftar keluar anda daripada perkhidmatan Apple, seperti iCloud.
Menyahaktifkan Cari dan Kunci Pengaktifan, supaya Mac yang anda padam tidak lagi dikaitkan dengan anda.
Memadamkan kandungan dan seting anda serta sebarang app yang anda pasangkan.
Memadamkan semua volum (bukan hanya volum yang anda berada). Jika anda memasang Windows pada Mac anda menggunakan Pembantu Boot Camp, volum BOOTCAMP juga dipadamkan.
Memadamkan semua akaun pengguna dan data mereka (bukan hanya akaun pengguna anda sendiri).
Padam Mac anda
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem.
Dalam bar menu, pilih Keutamaan Sistem > Padamkan Semua Kandungan dan Seting.
Dalam Pembantu Padam, masukkan maklumat pentadbir anda.
Semak item yang akan dikeluarkan selain daripada kandungan dan seting anda.
Jika Mac anda mempunyai berbilang akaun pengguna, klik anak panah bersebelahan nama akaun anda untuk menyemak item.
Klik Teruskan, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Nota: Jika versi macOS anda telah diubah suai, Pembantu Padam tidak boleh memadamkan Mac anda dan memaparkan isyarat yang menunjukkan anda perlu memasangkan semua macOS terlebih dahulu. Pasang semula macOS, kemudian gunakan Pembantu Padam.