Tukar keutamaan Kemas Kini Perisian pada Mac
Gunakan keutamaan Kemas Kini Perisian untuk mengemas kini perisian macOS anda dan setkan sama ada Mac anda menyemak dan memuat turun kemas kini baharu secara automatik.
Untuk membuka keutamaan Kemas Kini Perisian, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Kemas Kini Perisian .
Buka keutamaan Kemas Kini Perisian untuk saya
Keutamaan Kemas Kini Perisian
Pilihan | Perihalan |
---|---|
Kemas Kini Sekarang | Klik Kemas Kini Sekarang di penjuru kanan atas anak tetingkap untuk memasang semua perisian sistem dan kemas kini lain tersedia yang ditunjukkan dalam anak tetingkap Kemas Kini Perisian. Jika butang Kemas Kini Sekarang tidak ditunjukkan, Mac anda adalah terkini. |
Info lanjut | Jika kemas kini tersedia, klik “Info lanjut” untuk melihat maklumat tentangnya.
|
Pastikan Mac saya kekal terkini secara automatik | Pilih kotak semak ini untuk membolehkan Mac anda kemas kini secara automatik. |
Lanjutan | Klik Lanjutan untuk menunjukkan pilihan tambahan untuk memasang perisian sistem dan kemas kini secara automatik. |
Keutamaan Lanjutan Kemas Kini Perisian
Pilihan | Perihalan |
---|---|
Semak untuk kemas kini | Bolehkan Mac anda menyemak kemas kini secara automatik. |
Muat turun kemas kini baharu apabila tersedia | Bolehkan Mac anda memuat turun kemas kini tanpa bertanya anda. |
Pasang kemas kini macOS | Bolehkan Mac anda memasang kemas kini macOS secara automatik. |
Pasang kemas kini app daripada App Store | Bolehkan Mac anda memasang kemas kini app daripada App Store secara automatik. |
Pasang fail data sistem dan kemas kini keselamatan | Bolehkan Mac anda memasang fail sistem dan kemas kini keselamatan secara automatik. |
Penting: Untuk menerima kemas kini terkini secara automatik, ia disyorkan yang anda memilih “Semak untuk kemas kini”, “Muat turun kemas kini baharu apabila tersedia” dan “Pasang fail data sistem dan kemas kini keselamatan”.
Jika lencana merah ditunjukkan pada ikon Keutamaan Sistem dalam Dock selepas anda mengemas kini macOS, anda mungkin perlu mengambil satu atau lebih tindakan. Sebagai contoh, jika anda tidak menyediakan sepenuhnya iCloud, lencana muncul pada ikon dalam Dock, apabila anda klik ikon, keutamaan dipaparkan supaya anda boleh melengkapkan persediaan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang mengemas kini atau memuat turun app daripada App Store, lihat Dapatkan app dan sambungan Safari dalam App Store.