Padam dan pasang semula macOS
Anda boleh pulihkan Mac anda ke seting kilang dengan memadam Mac anda, kemudian memasang semula macOS menggunakan cakera pemulihan terbina dalam. Sebelum anda memadam, sandarkan fail keperluan anda. Jika anda memasang komputer mudah alih, pastikan penyesuai kuasa anda dipasangkan.
Penting: Untuk memasang semula macOS, anda mesti disambungkan ke internet.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Mula Semula. Bila Mac anda mula semula, tekan terus kekunci Command dan R sehingga tetingkap Utiliti macOS muncul.
Pilih Utiliti Cakera, kemudian klik Teruskan.
Pilih cakera permulaan anda di sebelah kiri, kemudian klik Padam.
Klik menu timbul Format, pilih format APFS atau format Mac OS Lanjutan, masukkan nama, kemudian klik Padam.
Penting: Memadam cakera mengalih keluar semua maklumat dari cakera. Pastikan untuk sandaran maklumat yang anda ingin simpan ke peranti luaran.
Selepas cakera dipadamkan, pilih Utiliti Cakera > Keluar dari Utiliti Cakera.
Pilih Pasang semula macOS, klik Teruskan, kemudian ikuti arahan pada skrin.