Dapatkan petua pada iPad
Dalam app Petua , lihat koleksi petua yang membantu anda memanfaatkan iPad.

Dapatkan petua
Dalam app Petua, anda boleh mengetahui cara memperibadikan Skrin Kunci anda, menambahkan widget, menyahhantar e-mel, mengambil gambar skrin dan banyak lagi. Petua baharu kerap ditambah.
Untuk mula mempelajari, ketik koleksi, kemudian ketik petua.
Dapatkan pemberitahuan apabila petua baharu tiba
Pergi ke Seting
> Pemberitahuan.
Ketik Petua di bawah Gaya Pemberitahuan, kemudian aktifkan Benarkan Pemberitahuan.
Pilih pilihan untuk lokasi dan gaya pemberitahuan petua, masa untuk kelihatan dan banyak lagi.
Simpan petua
Anda boleh menambahkan petua ke koleksi petua Disimpan unik anda, supaya anda boleh mencarinya kemudian dengan cepat.
Untuk menambahkan petua, ketik
.
Untuk melihat petua disimpan anda, ketik
atau
sehingga anda kembali ke senarai koleksi, kemudian ketik “Petua disimpan”.
Untuk mengeluarkan petua daripada koleksi Petua disimpan anda, ketik
.
Ketahui lebih lanjut tentang peranti Apple lain anda
Jika anda mempunyai peranti Apple lain—seperti Apple TV, AirPods, atau HomePod—anda boleh membaca tentangnya dalam app Petua.
Skrol ke bawah pada app Petua, kemudian ketik panduan pengguna yang anda mahu layari.