Tukar tetingkap app kepada tetingkap Slide Over pada iPad
Semasa anda menggunakan app, anda boleh menukar app kepada tetingkap Slide Over—tetingkap lebih kecil yang meluncur di hadapan app atau tetingkap lain—dan membuka app lain di belakangnya. Contohnya, semasa anda menggunakan app Foto, anda boleh membuka Mesej dalam tetingkap Slide Over dan meneruskan perbualan semasa melihat foto.
iPad menjejak app yang anda buka dalam Slide Over supaya anda boleh bertukar antara app dengan mudah.

Buka app dalam Slide Over
Semasa menggunakan app, ketik
di bahagian atas skrin, kemudian ketik
.
App yang anda gunakan beralih ke sisi untuk mendedahkan Skrin Utama dan Dock anda.
Cari dan buka app yang anda mahukan kelihatan di belakang tetingkap Slide Over.
App kedua dibuka dan app pertama kelihatan dalam tetingkap Slide Over di hadapannya.
Untuk membuka app ketiga dalam Slide Over apabila skrin dalam Split View (pada model disokong), leret ke atas dari pinggir bawah secukupnya untuk mendedahkan Dock, kemudian seret app ketiga dari Dock ke pembahagi Split View. (Lihat Buka dua item dalam Split View pada iPad.)

Bertukar antara app dalam Slide Over
Leret ke kanan di sepanjang bahagian bawah tetingkap Slide Over, atau lakukan yang berikut:
Leret ke atas dari bawah tetingkap Slide Over hingga separuh skrin, jeda, kemudian angkat jari anda.
Semua tetingkap Slide Over kelihatan.
Ketik app yang anda mahu lihat, jika app kelihatan.
Jika anda tidak melihatnya, leret ke kiri dan kanan menerusi app.

Anda juga boleh menggunakan Penukar App untuk bertukar antara app dalam Slide Over. Lihat Gunakan Penukar App.
Alihkan tetingkap Slide Over
Lakukan salah satu daripada berikut:
Alihkan tetingkap Slide Over ke sebelah lain skrin: Seret dari
di bahagian atas tetingkap Slide Over.
Sembunyikan tetingkap Slide Over buat sementara: Leret ke penghujung dari bahagian bawah tetingkap Slide Over, atau leret
, atau seret sisi tetingkap ke pinggir kiri skrin. Tetingkap Slide Over hilang dan tab kelihatan untuk menandakan yang tetingkap Slide Over masih tersedia.
Alihkan tetingkap Slide Over kembali ke skrin: Seret tab yang menandakan tetingkap Slide Over dari pinggir kiri skrin.
Tukar Slide Over ke Split View
Ketik di bahagian atas tetingkap Slide Over, ketik
, kemudian ketik
untuk menjadikan app semasa kelihatan di sebelah kiri skrin, atau
untuk meletakkan app semasa di sebelah kanan.
Pada model disokong, anda boleh menggunakan Slide Over dan Split View serentak. Lihat Buka dua item dalam Split View.
Buka item di bahagian tengah skrin
Dalam kebanyakan app iPad—Termasuk Mail, Mesej, Nota dan Fail—anda boleh membuka item di tengah tetingkap app.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Sentuh dan tahan mesej dalam peti mel dalam Mail.
Sentuh dan tahan perbualan dalam Mesej.
Sentuh dan tahan nota dalam Nota.
Ketik Buka dalam Tetingkap Baharu.
Item dibuka di tengah skrin, di atas perkara yang anda sedang lihat tanpa menukar paparan anda.
Petua: Anda juga boleh mencubit buka sebarang item yang disenaraikan dalam langkah 1 di atas untuk membukanya dalam tetingkap baharu di tengah skrin.
Anda boleh menukar tetingkap tengah kepada skrin penuh dengan mengetik , menjadikannya tetingkap Split View dengan mengetik
, atau menukarnya kepada tetingkap Slide Over dengan mengetik
.