Sekat pemanggil yang tidak diingini dalam FaceTime pada iPad
Anda boleh menyekat panggilan FaceTime dan panggilan FaceTime Kumpulan daripada pemanggil yang tidak diingini dan menyenyapkan panggilan daripada pemanggil yang tidak dikenali.
Sekat panggilan satu ke satu FaceTime daripada pemanggil yang tidak dikenali
Apabila anda menerima panggilan FaceTime yang tidak diingini, anda boleh menyekat pemanggil (iPadOS 17.4 atau lebih baharu).
Lakukan salah satu daripada berikut:
Dalam sejarah panggilan FaceTime anda atau semasa panggilan FaceTime. Ketik
bersebelahan panggilan yang anda mahu sekat, kemudian ketik Sekat Pemanggil.
Dalam sejarah panggilan FaceTime anda atau dalam senarai Terbaru dalam app Telefon pada iPhone anda: Leret ke kiri pada panggilan yang anda mahu sekat, kemudian ketik
.
Ketik Sekat.
Untuk menyahsekat kenalan, ketik di sebelah nama, nombor telefon atau alamat e-mel kenalan dalam log panggilan anda, skrol ke bawah, kemudian ketik Nyahsekat Pemanggil.
Selepas anda menamatkan panggilan daripada pemanggil tidak dikenali, jika anda melihat skrin dengan “Panggilan Tamat” di bahagian atas, anda boleh mengetik Sekat Pemanggil untuk menghalang daripada terus dihubungi oleh pemanggil tersebut, atau ketik Cipta Kenalan untuk menambahkan pemanggil ke kenalan anda. Jika anda memilih Sekat Pemanggil, anda juga boleh melaporkan panggilan tersebut sebagai spam.
Sekat panggilan FaceTime Kumpulan daripada pemanggil yang tidak dikenali
Apabila anda menerima panggilan FaceTime Kumpulan tidak diingini daripada pemanggil yang tidak dikenali, anda boleh menyekat semua peserta dengan melakukan salah satu daripada berikut (iPadOS 17.5 atau lebih baharu):
Apabila panggilan berdering: Ketik bahagian kiri pemberitahuan untuk mengembangkan tetingkap, ketik
di bahagian atas senarai, kemudian ketik Sekat Semua Peserta.
Semasa panggilan FaceTime Kumpulan: Ketik
di bahagian bawah skrin, kemudian ketik Sekat Semua Peserta.
Selepas panggilan FaceTime Kumpulan tamat: Pergi ke sejarah panggilan FaceTime anda. Leret ke kiri pada panggilan, ketik
, kemudian ketik Sekat Semua Peserta.
Pilihan untuk menyekat semua peserta tidak tersedia jika panggilan FaceTime Kumpulan termasuk seseorang dalam senarai kenalan anda.
Senyapkan panggilan FaceTime daripada pemanggil yang tidak dikenali
Pergi ke Seting > FaceTime > Senyapkan Pemanggil Tidak Dikenali, kemudian aktifkan Senyapkan Pemanggil Tidak Dikenali.
Seting ini memastikan yang anda akan menerima panggilan FaceTime hanya daripada kenalan disimpan, orang yang anda telah panggil dan orang yang dicadangkan oleh Siri. Panggilan daripada nombor tidak dikenali pergi ke mel suara dan dipaparkan pada senarai Terbaru.